Berita Harian

‘Kami biasa dengan dugaan’

Makin besar cabaran lagi kami suka: Baddrol

- Oleh Aziman Rosdi

“Lagi besar cabaran lagi kami suka, kata tonggak utama Kedah, Baddrol Bakhtiar menjelang aksi getir separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang FELDA United di Stadium Darul Aman, malam ini.

Pelbagai masalah melanda pasukan juara bertahan itu dengan penggantun­gan kapten, Khairul Helmi Johari dan Liridon Krasniqi serta kecederaan Syazwan Zainon.

Selain itu, berita perpindaha­n beberapa pemain ke pasukan lain menambah kekalutan dalam pasukan selain mencetuska­n rasa tidak senang penyokong skuad The Red Eagles.

Bagaimanap­un bagi Baddrol, 29, dia dan rakan sepasukan sudah lali dengan dugaan itu.

“Bagi saya sendiri selama 11 Tonggak utama Kedah tahun bersama pasukan Kedah, bermacam-macam masalah yang timbul dan dugaan sekali lagi melanda Kedah, kami ambil ini sebagai satu cabaran kerana kita kena faham bermacam-macam gosip yang timbul di laman media sosial.

Peluang sama rata

“Sebagai pemain kami sukakan cabaran dan saat-saat getir seperti ini, sebab sebelum ini kami sudah lalui pelbagai cabaran dan kami memang sukakan cabaran,” katanya.

Pertembung­an dengan FELDA United mengulangi saingan Piala Malaysia 2015 yang menyaksika­n Kedah mara ke final menerusi agregat 4-3 selepas menang di gelanggang sendiri pada separuh akhir kedua dengan keputusan 2-1.

Baddrol yang dijangka akan mengambil alih tugas sebagai kapten berharap tuah gelanggang keramat akan membawa mereka ke final buat kali ketiga berturut-turut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia