Berita Harian

Syawal sekali lagi jadi penyelamat Helang Merah

- HARI INI

Alor Setar: Pemain pertahanan tengah, Syawal Nordin muncul penyelamat sekali lagi ketika masalah menimpa Kedah menjelang aksi getir melayan kunjungan FELDA United, tanpa khidmat kapten, malam ini.

Seperti tahun lalu dalam kempen Piala Malaysia, pemain berusia 24 tahun itu sekali lagi menjadi taruhan apabila kapten, Khairul Helmi Johari tidak dapat beraksi menentang FELDA United pada separuh akhir kedua kerana digantung perlawanan.

Syawal berkata, dia sentiasa bersedia untuk memikul tugas besar dalam perlawanan penentuan untuk ke final bagi membantu Kedah mempertaha­nkan kejuaraan.

“Kalau diberi peluang saya akan beri yang terbaik, tahun lalu pun macam ini juga, saya mula main suku akhir kemudian separuh akhir. Kalau main di sini ada kelebihan untuk Kedah, semangat kami lebih, penonton ramai.

Rantai Thiago Augusto

“Tahun lalu macam ini juga, memang ada perasaan gementar bila tiba-tiba kita diturunkan dalam perlawanan besar tapi kita tunjuk apa yang kita ada,” katanya.

Selain Khairul Helmi, Kedah yang dibimbing jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff juga tidak dapat menurunkan khidmat pemain tengah, Liridon Krasniqi kerana digantung perlawanan manakala pemain sayap, Syazwan Zainon dilanda kecederaan hasmtring.

Syawal, bekas pemain Harimau Muda bakal berganding­an bersama Zac Anderson di posisi pertahanan tengah untuk menyekat serangan FELDA yang diterajui bekas penyerang Kedah, Thiago Augusto.

“Mesti dia (Augusto) nak bawa pasukan ke final, tahun lalu dia bawa Kedah ke final tahun ini mesti nak bawa FELDA United pula,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia