Berita Harian

FELDA fokus sekat permainan ‘tiki-taka’ Kedah

- Oleh Aziman Rosdi

Alor Setar: Penjaga gol FELDA United, Mohd Farizal Harun mengakui mereka perlu menyekat permainan ‘tiki-taka’ Kedah jika mahu mencatat kemenangan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam ini.

Farizal berkata, corak hantaran pendek sememangny­a menjadi kunci penguasaan bola pemain Kedah untuk menundukka­n pasukan lawan.

“Kita fokus untuk menyekat cara permainan Kedah, mereka pun suka main ‘tiki-taka’ dan dari segi ‘set piece’ pun bahaya. Kita sudah kaji dan kita hanya tunggu kesilapan daripada Kedah,” kata Farizal.

FELDA United yang berkunjung ke Alor Setar berbekalka­n keputusan seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Jengka minggu lalu boleh menarik nafas lega apabila perancang Kedah, Liridon Krasniqi tidak dapat beraksi kerana digantung perlawanan.

Elak kesilapan

Farizal, 31, berkata, mereka perlu mengelak daripada melakukan kesilapan seperti aksi pertama di mana Kedah mendapat sepakan penalti untuk mendahului permainan.

“Peluang untuk Kedah lebih baik sebab jaringan tempat lawan tapi bagi saya itu bukan satu halangan untuk kami, kerana pada saya yang lebih tertekan Kedah sebab bermain di tempat sendiri, kita akan bermain seperti biasa.

“Cuma kita kena lebih fokus dan elak melakukan kesilapan, kesalahan yang boleh beri sepakan penalti kepada mereka atau sebarang kesilapan yang membolehka­n mereka buat jaringan,” katanya yang memburu penampilan final kelima dalam karier.

 ??  ?? Farizal memburu penampilan final kelima dalam karier.
Farizal memburu penampilan final kelima dalam karier.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia