Berita Harian

Kota Kinabalu bakal jadi bandar raya hab digital

KK City Wifi sedia akses internet percuma, naikkan imej ibu negeri

- Oleh Willie Jude Junaidi

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, melancarka­n kemudahan Wifi percuma bagi bandar raya ini iaitu ‘KK City Wifi’.

Kemudahan Wifi itu membolehka­n orang ramai mengakses internet secara percuma di sepanjang Jalan Tuan Fuad Stephens iaitu dari kompleks beli-belah Oceanus hingga ke Suria Sabah.

Musa berkata, ‘KK City Wifi’ bakal tambah memajukan produk pelanconga­n tempatan, sekali gus menaikkan imej bandar raya ini.

“Ia juga landasan mewujudkan inisiatif awam pada masa akan datang dalam membangun serta memantapka­n rangkaian digital e-kerajaan.

“Saya yakin ia berupaya menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI), seterusnya menjadikan Kota Kinabalu mesra perniagaan dan selesa untuk didiami serta dilawati,” katanya ketika melancarka­n kemudahan itu di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yee Boon Hai.

Manfaatkan kemudahan percuma

Musa berkata, pelancaran ‘KK City Wifi’ juga bakal menjadikan Kota Kinabalu bandar raya hab digital.

Bersandark­an kepada teknologi dalam bandar raya pintar, pengguna boleh melakukan kerja di mana dan pada bila-bila masa.

“Ini membolehka­n masyarakat melakukan banyak perkara dalam satu masa dan sudah tentu dapat meningkatk­an keberkesan­an serta produktivi­ti negeri dan negara kita,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta warga bandar raya ini, peniaga mahupun pelancong untuk menga- plikasikan sepenuhnya kewujudan ‘KK City Wifi’ untuk manfaat dan faedah bersama.

Terdahulu, Salleh berkata, pelaksanaa­n projek diterajui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan pihak swasta itu, seiring matlamat Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menambah baik infrastruk­tur komunikasi di Sabah.

“Menerusi peluang ini, saya berharap pengusaha atau usahawan produk tempatan dan perkhidmat­an di negeri ini, khususnya di Kota Kinabalu memanfaatk­an rangkaian Wifi ini bagi perluasan pemasaran produk dan perkhidmat­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia