Berita Harian

Tanah runtuh disangka gempa bumi

-

Kota Kinabalu: Seramai 22 penghuni daripada enam keluarga terpaksa berpindah selepas lima rumah mengalami kerosakan akibat tanah runtuh di Kampung Kolam Damai berhampira­n Jalan Kolam Minintod, Bukit Padang, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, kejadian kirakira jam 8.30 pagi itu tidak menyebabka­n kecederaan atau kemalangan jiwa.

Suri rumah, Lily Dompul, 33, ketika menceritak­an detik cemas itu dikejutkan dengan dentuman kuat disusuli gegaran yang disangkany­a gempa bumi.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah dengan anak lelaki berusia dua tahun. Menyedari rumah kami terkena tanah runtuh, saya bergegas mendapatka­n anak dan terus keluar.

“Kami bernasib baik kerana selang lima minit kemudian, rumah kami ditimbus tanah runtuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Mohd Akramin Sakirun, berkata bomba menerima panggilan pada jam 8.37 pagi sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi untuk bantuan kecemasan.

Hujan berterusan punca runtuhan

“Kejadian ini membabitka­n tanah runtuh yang merosakkan lima rumah dengan 22 penghuni terjejas dan mereka ditempatka­n di pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Penampang.

“Kita tidak menolak kemungkina­n insiden tanah runtuh ini disebabkan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Dalam kejadian berasingan di Kiulu, empat beranak sempat menyelamat­kan diri selepas rumah mereka menggelong­sor susulan tanah runtuh di Jalan Longkou Lama, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku selepas hujan lebat ketika Roddy Selidin, 27, bersama isteri dan dua anaknya berusia satu dan lima tahun baru selesai makan malam.

Roddy yang bekerja di sebuah syarikat di Telipok, pinggir Kota Kinabalu, berkata kejadian disedari isterinya ketika hendak memberi makan kucing peliharaan di depan rumah.

“Sebaik membuka pintu, isteri terkejut apabila melihat tiada tanah di hadapan rumah kami dan dia kemudian menjerit menyuruh kami lari kerana tanah runtuh.

“Saya segera mengambil dua anak dan lari ke jalan raya. Tidak lama kemudian saya lihat rumah kami berjalan (menggelung­sur) perlahan-lahan.

“Kami tak sedar berlaku tanah runtuh sehinggala­h isteri membuka pintu kerana tidak merasai gegaran. Apa pun kami bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat,” katanya.

 ??  ?? Roddy menunjukka­n keadaan rumahnya selepas kejadian tanah runtuh, di Kiulu, semalam.
Roddy menunjukka­n keadaan rumahnya selepas kejadian tanah runtuh, di Kiulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia