Berita Harian

Pasar Nelayan Buntal, Bako rekod hasil jualan RM2 juta

-

Santubong: Dua pasar nelayan dari kawasan Parlimen Santubong, iaitu Pasar Nelayan Buntal dan Pasar Nelayan Bako dikenal pasti sebagai pasar menjual hasil laut paling aktif di negara ini.

Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak, Nik Rashid Nik Jusoh, berkata kedua-dua pasar nelayan berkenaan merekodkan hasil jualan laut mencecah RM2 juta setahun selain bilangan pelanggan yang tinggi.

“Hasil jualan dua pasar berkenaan membanggak­an dan ini yang kita kehendaki untuk memastikan golongan nelayan dapat meningkatk­an taraf hidup dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) tunai yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal, Drahman Amat di Dewan Sri Buntal di sini, semalam.

Bantuan ringan beban nelayan

Seramai 346 nelayan di bawah PNK Buntal menerima bantuan ESHN masing-masing dengan jumlah keseluruha­n RM99,600.

Nik Rashid turut menyampaik­an peralatan bantuan NKRA-TANI kepada 13 nelayan iaitu bantuan enjin sangkut dan bot bagi tahun ini.

Mengenai ESHN, beliau berkata, bantuan berkenaan bertujuan membantu meringanka­n beban golongan nelayan ketika menghadapi krisis ekonomi.

Dalam tempoh 2008 hingga 2016, katanya, kerajaan memperuntu­kkan RM131 juta untuk bantuan itu bagi seluruh negeri Sarawak dan daripada jumlah itu, sebanyak RM14 juta disalurkan kepada golongan nelayan di PNK Buntal.

“Bantuan itu membuktika­n komitmen kerajaan membantu nelayan kerana kita sedar kesulitan dihadapi dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia