Berita Harian

PATKOR perkukuh kerjasama ketenteraa­n

Rondaan bersama ATM, TNI bendung jenayah di sempadan

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengukuhka­n hubungan menerusi operasi bersama bagi meningkatk­an kawalan keselamata­n di sempadan kedua-dua negara.

Operasi bersama dikenali sebagai Patroli Terkoordin­asi (PATKOR) Siri 2/2017 membabitka­n 50 anggota masingmasi­ng 25 dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-angkatan Darat (TNI-AD).

TDM diwakili Skuadron Ke-4, Kor Armor Diraja (KAD) manakala Komando Resort Militer (KOREM) 121 Alam Bhana Wanawai (ABW) mewakili TNIAD.

Ketua Staf, Markas Briged Ketiga Infantri TDM, Lt Kol Ilyas Hanafi berkata, rondaan bersama itu mengukuhka­n kerjasama ketenteraa­n yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Perketat kawalan sempadan

Beliau berkata, fokus utama rondaan bersama itu ialah membendung kegiatan menyalahi undang-undang di sempadan kedua-dua negara.

“Kerjasama ini tidak terhenti selepas berakhirny­a PATKOR kerana kita terus berhubung rapat menerusi pertukaran maklumat bagi membolehka­n kawalan sempadan negara diketatkan dalam memerangi aktiviti yang boleh menjejaska­n kedaulatan dan keamanan kedua-dua wilayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup PATKOR 2/2017 di Pos Malindo, Kem Jawatankua­sa Perancang Gerakan (JPG) Lubok Antu di sini, semalam.

Turut hadir, Wadan Kolakopsre­m 121 Alam Bhana Wanawai (ABW), Kolonel Infantri Arnold AP Ritiauw dan Pegawai Memerintah 4 KAD, Left Kol Mohd Nizam Masri.

PATKOR dilaksanak­an sejak 2003 susulan kesepakata­n Malaysia-indonesia pada Pertemuan Perencanaa­n Operasi Tanah (TPOD) di Balikpapan, Indonesia, 23 Julai tahun sama.

 ?? [ FOTO IHSAN ATM ] ?? Ilyas (kanan) membuka toha di lengan pegawai TNI-AD, menandakan berakhirny­a PATKOR Siri 2/2017 di Lubok Antu, semalam.
[ FOTO IHSAN ATM ] Ilyas (kanan) membuka toha di lengan pegawai TNI-AD, menandakan berakhirny­a PATKOR Siri 2/2017 di Lubok Antu, semalam.
 ??  ?? Ilyas (kanan) dan Arnold AP Ritiauw berjabat tangan selepas tamat PATKOR Siri 2/2017.
Ilyas (kanan) dan Arnold AP Ritiauw berjabat tangan selepas tamat PATKOR Siri 2/2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia