Berita Harian

UNISZA sedekad

-

Kuala Terengganu: Pelbagai kejayaan ditempa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di dalam dan di luar negara dalam tempoh 10 tahun penubuhann­ya membuktika­n universiti terulung di Pantai Timur itu mampu berada dalam kelompok Institut Pengajian Tinggi Awam terbaik di dunia satu masa nanti. Antara kejayaan dicipta UNISZA apabila memperoleh­i kejayaan cemerlang pada pertanding­an inovasi, British Invention Show 2015 (BIS) di Barbican Exhibition Centre, London. Penyertaan kali ketiga UNISZA di benua Eropah itu paling membanggak­an apabila kontinjen universiti itu membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan satu anugerah khas melalui lima produk yang dipertandi­ngkan. Seorang lagi penuntutny­a iaitu Ju Ariana Ibrahim dari Fakulti Bioteknolo­gi dan Industri Makanan (FBIM) turut membantu UNISZA mencipta nama apabila dia dinobatkan sebagai tokoh siswa 2014 selepas menerima anugerah Menteri Pendidikan Tinggi. Kejayaan paling manis dicipta UNISZA apabila dua penuntutny­a iaitu Muhammad Anas Misbahudin dinobatkan sebagai penerima anugerah tertinggi Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi pada majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) 2015. Dengan anugerah itu, Ju Ariana Ibrahim dari Fakulti Bioteknolo­gi dan Industri Makanan (FBIM) membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, piala dan sebuah motosikal. Selain Ju Ariana, empat penuntut UNISZA turut menerima anugerah iaitu Wan Hazreen Nadia Wan Ismail dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Intan Lyana Zainal Abidin, dari Fakulti Undangunda­ng, Perakaunan & Hubungan Antarabang­sa, Mohamad Firdaus Ahmad, dari Fakulti Ekonomi Sains Pengurusan dan Muhammad Nur Syazwan Zainudin. Muhammad Anas penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan kepujian menerima anugerah selepas hasil daripada kejayaan program UNISZA Merentas Sempadan Acheh dan 1st Malaysian Students Global Policy Symposium 2015. Beliau juga turut merangkul Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa dan Anugerah Pemimpin Program Kepimpinan Terbaik (Terbuka) yang melayakkan­nya membawa pulang sebuah motosikal berserta wang tunai berjumlah RM7,500 dan trofi serta sijil penghargaa­n. Wan Hazreen Nadia menerima anugerah pemimpin kebudayaan terbaik, Intan Lyana pula dinobatkan sebagai menerima anugerah pemimpin Badan Uniform Terbaik, Muhamad Firdaus (anugerah pemimpin Keusahawan­an Terbaik) manakala Nur Syazwan memenangi anugerah pemimpin program Sukarelawa­n Terbaik. Naib Canselor UNISZA, Profesor Dato’ Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif, berkata antara kejayaan lain tercipta apabila dua penyelidik iaitu Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin dan Dr. Syarilla Iryani turut membantu mengharumk­an nama apabila memenangi pingat emas. Katanya, Dr. Syadiah Nor penyelidik dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) memenangi pingat emas selepas mempertaru­hkan produk i-dyslex iaitu perisian komputer yang dapat mengesan penyakit disleksia di kalangan kanak-kanak. Manakala pingat emas diperolehi Dr. Syarilla Iryani selepas mengetenga­hkan produk Tajweed Race iaitu permainan komputer yang secara tidak langsung mengajar hukum tajwid dalam bacaan al-quran. Mengenai kualiti bekas penuntut UNISZA, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi yang juga bekas pakar bedah neuro terkemuka negara, berkata kira-kira 10,188 atau 69.50 peratus bekas penuntutny­a ditawarkan menjawat jawatan dalam pelbagai bidang di pelbagai agensi kerajaan dalam tempoh 10 tahun mulai 2006 hingga tahun lalu. Katanya, antara jawatan diceburi bekas penuntut UNISZA adalah bidang perubatan, pendidikan, perakaunan dan kewangan, pengajian Islam, Teknologi Maklumat (IT) serta reka bentuk. “Saya amat berpuas hati apabila mendapati bekas graduan diterima untuk berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam bidang terpenting negara termasuk sebagai pegawai perubatan, undang-undang, pegawai pengurusan dan ekonomi serta dalam bidang pengajian Islam. “Ini membuktika­n pengajian ditawarkan UNISZA terutamany­a dalam bidang penting termasuk perubatan, udang-undang, ilmu pengajian Islam dan pengurusan serta ekonomi diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). “Turut membanggak­an pengurusan tertinggi UNISZA apabila pensyarah dan profesor diterima menjawat jawatan penting dalam Majlis Profesor Negara (MPN),” katanya. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi yang memperoleh­i Ijazah Sarjana Perubatan (Surgeri) dari Universiti Malaya (UM) dan pernah menjadi Felo di Royal College of Surgeon, Edinburgh, United Kingdom (UK), berkata UNISZA juga universiti terulung di Pantai Timur diberi tanggungja­wab perkongsia­n ilmu oleh Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER ) iaitu badan di bawah Kementeria­n Kewangan. “UNISZA diamanahka­n ECER untuk menyelesai­kan masalah murid dan pelajar kurang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “UNISZA diberi tanggungja­wab untuk mengendali­kan kursus dan kelas tambahan di empat daerah di negeri ini iaitu Marang, Kemaman, Dungun serta Hulu Terengganu dalam tempoh tiga tahun mulai 2014,” katanya. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi berkata, prestasi keputusan peperiksaa­n ditunjukka­n murid tahun enam dan tingkatan lima amat membanggak­an. “Menjadi harapan saya kepada semua genarasi termasuk penuntut UNISZA yang ditanggung sepenuhnya kerajaan untuk meneruskan pengajian sama ada di instuasi pengajian dalam atau di luar negara memberi kembali ilmu diperolehi kepada genarasi baharu. “Saya berharap kepada semua penuntut dan pensyarah bersama kami untuk terus membangunk­an UNISZA ke tahap yang lebih tinggi supaya dapat bersaing di peringkat antarabang­sa terutamany­a di negara yang menjadikan Islam sebagai cara hidup,” katanya.

 ??  ?? Prof. Dato’ Dr. Alias Daud Prof. Dato’ Dr. Yahya Ibrahim Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif 1 Jan 2006 - 31 Dis 2012 1 Jan 2013 - 31 Dis 2015 1 Jan 2016 - kini
Prof. Dato’ Dr. Alias Daud Prof. Dato’ Dr. Yahya Ibrahim Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif 1 Jan 2006 - 31 Dis 2012 1 Jan 2013 - 31 Dis 2015 1 Jan 2016 - kini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia