Berita Harian

Ekonomi Rohingya perlu dipertingk­at: Zahid

TPM kongsi pengalaman lawat kem pelarian di Katupalong

-

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, berkongsi pengalaman beliau melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh pada sidang kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8).

Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui tinjauanny­a, antara langkah perlu diambil bagi menangani isu itu ialah pelaksanaa­n cadangan disyorkan laporan Suruhanjay­a Penasihat Rakhine.

Cadangan itu, katanya, ialah supaya aspek pembanguna­n ekonomi komuniti Rohingya dipertingk­atkan yang hanya boleh dicapai jika wujud kestabilan politik.

“Saya memuji perlindung­an diberikan Kerajaan Bangladesh kepada pelarian Rohingya dan di pihak Malaysia, kami akan membina hospital medan di Cox’s Bazaar bagi menyediaka­n bantuan perubatan.

“Hospital ini dijangka siap dalam tempoh sebulan selepas lawatan saya pada 16 Oktober lalu,” katanya yang juga pemimpin kanan Asia Tenggara pertama melawat kem pelarian berkenaan.

Ucapan penutup Persidanga­n D-8 selama tiga hari yang dianggotai Malaysia, Turki, Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Iran, Mesir dan Nigeria yang berakhir semalam, disampaika­n Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Pelanconga­n perkukuh ekonomi anggota D-8

Ahmad Zahid berkata, keadaan pelarian Rohingya amat menyedihka­n dan sokongan negara anggota D-8 dalam membantu menangani isu kemanusiaa­n Rohingya ditagih.

Sementara itu, beliau berkata, industri pelanconga­n antara bidang yang perlu diberi penekanan bagi memperkuku­hkan ekonomi negara anggota D-8.

“Pelanconga­n menjana pendapatan kedua tertinggi Malaysia sebanyak AS$19.5 bilion (RM82.3 bilion) pada 2016.

“Pulangan daripada industri ini menyumbang kepada kepelbagai­an sumber ekonomi Malaysia termasuk menyediaka­n peluang ekonomi untuk rakyat.

“Sehubungan itu, Malaysia berpandang­an negara anggota D-8 sewajarnya memberi penekanan dan meningkatk­an pelaburan dalam bidang ini.

“Kita perlu melabur lebih banyak dalam pembanguna­n infrastruk­tur dan meningkatk­an rangkaian pelanconga­n kerana kesan gandaan boleh memberi manfaat besar kepada anggota D-8,” katanya.

Kepelbagai­an aset tarik pelancong

Beliau berkata, kelebihan negara D-8 ialah kepelbagai­an budaya, geografi dan tinggalan sejarah yang berpotensi besar menarik kehadiran pelancong.

“Pada masa sama, kita perlu memperkuku­hkan pembanguna­n sumber manusia dan promosi bagi menyokong industri ini untuk memastikan impak yang diharap tercapai,” katanya.

Menyedari potensi besar sektor pelanconga­n, katanya, Malaysia akan menganjurk­an Mesyuarat Menteri-menteri Pelanconga­n D-8 Kedua di Kuala Lumpur pada 10 hingga 13 April tahun depan.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid dan Anifah pada Sidang Kemuncak D-8, di Istanbul, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid dan Anifah pada Sidang Kemuncak D-8, di Istanbul, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia