Berita Harian

Masalah air punca cikgu tak diami kuarters

Koperasi syarikat perlombong­an ambil alih bangunan dijadikan asrama pekerja asing di Klian Intan

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my Pengkalan Hulu

Masalah air dipercayai punca utama sebuah kuarters guru di Klian Intan di sini, diambil alih pihak ketiga dan kemudian dijadikan asrama pekerja warga Bangladesh sejak 2007.

Peniaga berhampira­n, Salmah Abd Malik, berkata warga Bangladesh mendiami kuarters itu sejak lebih 10 tahun lalu kerana warga pendidik enggan mendiami bangunan empat tingkat berkenaan berikutan masalah air.

Katanya, kuarters terbabit diambil alih oleh koperasi sebuah syarikat perlombong­an dan kemudian dijadikan asrama warga Bangladesh yang bekerja di lombong bijih timah, kira-kira 500 meter dari situ.

Kongsi meter air

“Saya difahamkan guru yang mendiami kuarters berkenaan tidak berminat terus tinggal di situ kerana masalah air. Satu meter air terpaksa dikongsi 16 rumah di kuarters.

“Oleh kerana tidak selesa dan berasa tidak adil terpaksa berkongsi bayar bil air walaupun isi rumah tidak ramai berbanding rumah lain, warga pendidik yang menghuni kuarters itu mencari rumah lain,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, kehadiran warga asing berkenaan tidak mendatangk­an masalah kepada penduduk sekitar.

Tinjauan BH mendapati satu-satunya kuarters guru di Klian Intan itu, sebuah blok pangsapuri empat tingkat berada dalam keadaan kemas dan terurus, namun tiada pondok pengawal.

Tinjauan juga mendapati ada sebuah piring pemancar parabola dipasang di bahagian belakang kuarters berkenaan.

Sementara itu, bekas pekerja syarikat lombong berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, berkata warga asing terbabit sebelum ini menyewa rumah di pekan Klian Intan yang lebih jauh dari tempat kerja.

Tak timbulkan masalah

“Sebagai bekas penyelaras pekerja di lombong terbabit, saya mengenali pekerja asing yang mendiami kuarters itu dan mereka tak menimbulka­n masalah kepada penduduk sekitar.

“Isunya sekarang, mengapa kuarters yang pada asalnya dibina bagi kemudahan warga pendidik akhirnya dapat dinikmati oleh warga asing,” katanya.

Penduduk, Embun Mahmud, 75, yang mendiami kawasan perumahan berhampira­n sejak 21 tahun lalu, berkata warga Bangladesh di kawasan itu tidak menyumbang kepada gejala sosial atau jenayah.

Oleh kerana tidak selesa dan berasa tidak adil terpaksa berkongsi bayar bil air walaupun isi rumah tidak ramai berbanding rumah lain, warga pendidik yang menghuni kuarters itu mencari rumah lain” Salmah Abd Malik, Peniaga

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] ?? Keadaan kuarters guru yang dihuni pekerja Bangladesh kemas dan teratur, tetapi tiada pondok pengawal di Klian Intan, Pengkalan Hulu.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] Keadaan kuarters guru yang dihuni pekerja Bangladesh kemas dan teratur, tetapi tiada pondok pengawal di Klian Intan, Pengkalan Hulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia