Berita Harian

Elak diri dibebani tekanan

Sentiasa positif, hargai kualiti masa bersama pasangan sebelum dikurniaka­n zuriat

- Assalamual­aikum... Oleh Liza Khairudin khairu.norliza@koolfm.com.my

Kebelakang­an ini, banyak berita gembira mewarnai industri hiburan. Rasanya masih belum terlewat untuk Liza mengucapka­n tahniah kepada penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang mengumumka­n bakal menimang cahaya mata selepas 11 tahun menanti.

Pastinya selain ahli keluarga, peminat setia penyanyi nombor satu negara itu juga menjadi antara insan paling teruja menerima perkhabara­n menggembir­akan itu. Allah Maha Besar, itu yang Liza dapat ungkapkan ketika mendapat tahu Siti kini hamil empat bulan.

Setiap wanita yang mendirikan rumah tangga, pasti tidak dapat lari daripada persoalan orang sekeliling mengenai cahaya mata. Ketika awal perkahwina­n dahulu,

Liza juga kerap menerima pertanyaan yang sama.

Pada mulanya, Liza agak tertekan memandangk­an usia perkahwina­n masih baharu. Belum menjengah dua tahun, namun Liza sudah diasak dengan pertanyaan yang tiada jawapannya. Lama-kelamaan Liza membiarkan sahaja pertanyaan itu dan hanya mampu menjawab dengan senyuman.

Liza akur, rezeki setiap manusia tidak sama. Bagi Liza, tidak pernah sesekali Liza menjadikan pertanyaan itu sebagai tekanan dan bebanan buat diri. Liza sentiasa bersikap positif setiap kali bangun pagi, malah merancang aktiviti seharian supaya tidak hanyut dibawa perasaan.

Melihat pengalaman rakan lain yang masih belum dikurniaka­n cahaya mata,

Liza juga terpanggil untuk mengikuti cara mereka memupuk kebahagiaa­n dan kasih sayang. Kesempatan itu Liza manfaatkan untuk mengeratka­n lagi hubungan dan kemesraan dengan pasangan.

Sering Liza habiskan masa berkualiti dengan melakukan hobi bersama-sama seperti bersiar-siar atau bercuti. Tidak salah jika aktiviti ini dilakukan setiap hujung minggu untuk menyubur dan menyemarak­kan lagi perasaan cinta.

Doa yang baik

Bagi mereka yang terbabit dengan dunia perniagaan, manfaatkan juga peluang ini dengan membangunk­an lagi usaha yang dijalankan. Sibukkan diri dengan memikirkan strategi untuk memajukan diri kerana kejayaan menuntut masa dan komitmen yang tinggi. Ambil peluang itu sementara belum dianugerah­kan cahaya mata.

Sudah tentu, setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Mungkin masanya belum tiba untuk kita merasai nikmat sebagai ibu. Mungkin juga Allah mahu menguji dan memberikan yang terbaik untuk masa depan.

Soal menimang cahaya mata adalah ketentuan Allah. Meskipun pertanyaan yang diajukan tidak bermaksud untuk mengguris perasaan, sebagai wanita yang masih belum dikurniaka­n rezeki zuriat, sudah pasti akan terasa.

Lebih baik kita bersamasam­a berdoa kerana kuasa dan keajaiban doa itu terlalu kuat. Siapa tahu berkat doa yang dimakbulka­n Allah, mereka yang diuji akan dapat menikmati kemanisan yang dinanti.

Penghargaa­n untuk artis tempatan

Bercakap mengenai rezeki, Liza juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapka­n tahniah kepada semua pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) yang berlangsun­g di Singapura, Sabtu lalu, terutama kepada penyanyi negara kita yang menyerlah pada acara itu.

Sebagai peminat industri hiburan, Liza mengagumi pencapaian Dayang Nurfaizah yang membawa pulang dua trofi kemenangan bagi kategori Artis Terbaik (Wanita) dan Lagu Terbaik (Malaysia) menerusi Lelaki Teragung.

Begitu juga bakat baharu, Khai Bahar yang mengunggul­i kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Bayang dan Artis Paling Popular

APM. Pencapaian itu terlalu bermakna buat Khai yang masih mencari tapak kukuh dalam industri hiburan.

Turut menambahka­n kecemerlan­gan penggiat seni tempatan adalah Ayda Jebat yang memenangi kategori Ikon Media Sosial. Selain itu, gandingan Faizal Tahir dan

Siti menghadiah­kan trofi Duo/ Kumpulan Terbaik menerusi lagu Dirgahayu manakala

Anuar Zain memenangi trofi Artis Terbaik (Lelaki).

Terasa meriah industri hiburan dengan kehadiran ramai pelapis baharu berbakat besar, manakala penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, Ella dan ramai lagi terus diangkat serta tidak dilupakan.

Sebagai tanda penghargaa­n terhadap penyanyi yang pernah mewarnai industri hiburan, Kool FM tidak ketinggala­n menghadiah­kan sesuatu yang istimewa kepada pendengar menerusi slot ‘Muzik Dansa

Kool FM’ sepanjang bulan ini.

Aktifkan pergerakan, lembutkan badan dan jangan segan untuk bergoyang bersama kami. Imbau kenangan menerusi lagu nyanyian Allahyarha­m S Jibeng, Datuk A Rahman Hassan dan ramai lagi menerusi tiga lagu dansa pada setiap jam di Kool FM, Temanmu Muzikmu.

Terus mendengar Kool FM di Pulau Pinang menerusi frekuensi 90.2FM , Alor Setar (107.3FM), Kuala Terengganu ( 93.6FM ), Kota Bharu

(88.6FM ) dan Lembah Klang (101.3FM) atau layari laman sesawang rasmi Kool FM di www.koolfm.com.my.

Untuk informasi lanjut dan perkembang­an terkini, layari laman sosial media Kool FM, Youtube: Kool TV / Facebook: Kool FM / Instagram & Twitter: @koolfmmy. Sehingga berjumpa lagi, jaga diri baik-baik dan selamat berhujung minggu.

 ??  ??
 ??  ?? Siti Nurhaliza mengumumka­n bakal menimang cahaya mata selepas 11 tahun menunggu.
Siti Nurhaliza mengumumka­n bakal menimang cahaya mata selepas 11 tahun menunggu.
 ??  ??
 ??  ?? Ella (tengah) menerima Anugerah Khas Planet Muzik.
Ella (tengah) menerima Anugerah Khas Planet Muzik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia