Berita Harian

Pantang wanita diperlekeh

Jennifer Lawrence lantang tempelak perlakuan jelik individu berpengara­uh Hollywood, injak maruah penggiat seni sejenis

- Oleh Zul Husni Abdul Hamid zhusni@bh.com.my

Dua tahun lalu menerusi satu artikel yang ditulisnya untuk sebuah laman sesawang, Jennifer Lawrence meluahkan kemarahann­ya terhadap ketidakadi­lan layanan terhadap penggiat seni wanita di Hollywood.

Berada dalam senarai antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia untuk 2015 dan

2016, Lawrence, 27, berang apabila mendapat tahu dia dan seorang lagi pelakon wanita, Amy Adams dibayar jauh lebih rendah berbanding pelakon lelaki ketika membintang­i filem American Hustle.

Menyalahka­n dirinya kerana terlalu berlembut ketika berunding mengenai kontrak, pelakon The

Hunger Games itu turut meluahkan perasaan terkilan apabila penggiat seni lelaki bebas meluahkan pandangan mereka, namun apabila dilakukan selebriti wanita, tindakan itu dianggap sebagai menyinggun­g perasaan dan terlalu lemah.

Ternyata, isu yang dibangkitk­an Lawrence mengenai kecenderun­gan penggiat seni wanita diperlekeh­kan di Hollywood tidak terhenti di situ. Isnin lalu, ketika menghadiri acara Elle’s Women In Hollywood, Lawrence secara terbuka berkongsi bagaimana dia diaibkan dan diperlekeh­kan ketika permulaan membina kerjaya lakonannya..

Bintang Mother! yang diraikan bersama tujuh wanita berpengaru­h di Hollywood itu berkata, dia pernah diminta oleh penerbit supaya menurunkan berat badannya secara drastik sebelum diberikan tawaran.

“Saya diminta menurunkan hampir tujuh kilogram dalam masa dua minggu. Pada masa sama, saya juga diarahkan berdiri tanpa seurat benang bersama lima wanita lain yang jauh lebih kurus. Penerbit wanita itu meminta saya supaya menjadikan foto itu sebagai inspirasi untuk menurunkan berat badan,” katanya.

Enggan membiarkan maruahnya diinjak, Lawrence bangkit mempertaha­nkan diri dan memberitah­u seorang lagi produser, permintaan itu baginya, bukan sesuatu yang penting.

Produser lelaki itu mengakui, dia tidak tahu mengapa semua orang memikirkan Lawrence gemuk sedangkan susuk tubuhnya itu membangkit­kan keghairaha­nnya.

Lawrence berkata, dia bagaikan terperangk­ap dalam situasi itu kerana membiarkan dirinya dilayani sebegitu buruk kerana menyangkak­an, perkara itu perlu dilalui dalam perjalanan kerjayanya.

“Saya masih lagi belajar. Saya tidak sepatutnya senyum setiap kali lelaki membuatkan saya tidak selesa. Setiap manusia berhak dihormati kerana kita semua sama,” katanya.

Perbuatan sukar dimaafkan

Meskipun sedih menerima layanan sebegitu, penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Oscar menerusi filem

Silver Linings Playbook itu percaya, pengalaman hitam itu membuatkan wanita semakin bersatu.

Mengulas mengenai dakwaan gangguan dan kekasaran seksual yang dihadapi produser filem berpengaru­h, Harvey Weinstein, Lawrence berkata, dia terganggu apabila mendengar cerita mengenai perlakuan jelik itu.

“Saya pernah bekerja dengannya lima tahun lalu, tetapi secara peribadi, tidak pernah berdepan sebarang gangguan. Saya tidak tahu mengenai dakwaan itu, namun perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu sukar dimaafkan dan amat mengecewak­an,” katanya.

Katanya lagi, dia akan sentiasa bersama wanita yang terkesan dengan perbuatan biadap itu, malah berterima kasih kepada mereka kerana semakin berani tampil mempertaha­nkan hak. Terdahulu, isu itu turut dibangkitk­an nama besar lain termasuk Cara Delevingne, Ashley Judd dan Angelina Jolie yang mengakui, pernah berdepan gangguan daripada produser itu.

Jennifer Lawrence Saya masih lagi belajar. Saya tidak sepatutnya senyum setiap kali lelaki membuatkan saya tidak selesa. Setiap manusia berhak dihormati kerana kita semua sama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia