Berita Harian

TAKLIMAT PRU-14

PM gesa komponen BN sedia kongsi kerusi, jangan terikat dengan status quo, kuota

- Oleh Rohaniza Idris dan Nadia Hamid bhnews@bh.com.my

Parti komponen Barisan Nasional (BN) digesa sedia berkongsi kerusi dan tidak terikat kepada status quo serta sistem kuota dalam agihan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata mesej penting itu antara amanat disampaika­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika taklimat Pemukiman Jentera Kepemimpin­an Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Beliau berkata, Pengerusi BN turut menekankan kepentinga­n perpaduan dan toleransi dalam kalangan komponen BN, supaya parti itu terus kekal menerajui negara selepas PRU14.

“Di Sabah dan Sarawak, parti mereka lebih memahami dan bersikap toleransi. Parti komponen BN di Semenanjun­g, perlu diingatkan bahawa kita tidak akan ada kekuatan untuk menang PRU-14, kalau masih menegakkan parti masing-masing.

Utama calon boleh menang

“Justeru, peruntukan calon kerusi PRU14 akan dibuat mengikut kelebihan calon yang boleh menang.

“Perkara ini akan berbeza daripada tiga pilihan raya umum lalu, apabila komponen BN dibenarkan bertanding mengikut sistem kuota untuk mengekalka­n status quo parti masing-masing,” katanya.

Beliau mengulas taklimat tertutup pra-ge14, membabitka­n pertemuan akhir parti komponen BN untuk menyelaras­kan keberkesan­an jentera di lapangan sebelum menghadapi PRU14.

Mengulas lanjut, Noh berkata, parti komponen perlu membuat perubahan dalam PRU-14 bagi membolehka­n BN sebagai sebuah parti keramat itu terus menjadi kerajaan pilihan rakyat sekali gus, mewujudkan negara berbilang kaum yang bersatu padu.

Katanya, komponen BN turut diingatkan supaya mengamalka­n sikap toleransi dan sepakat dalam meletakkan calon kerusi PRU-14, selain membuat keputusan bertanding berlandask­an semangat serta prinsip BN.

“Sekiranya kita mahu menang, kita perlu memberi dan mengambil jika satu-satu kerusi dimiliki pihak tertentu, ia tidak bermakna parti itu akan memiliki kerusi terbabit untuk selama-lamanya.

“Sekarang adalah masa untuk membuat perubahan.

“BN perlu meneliti semula kerusi yang kita boleh menang dan calon yang boleh terima untuk bertanding. Pada dasarnya, kita perlu belajar berkongsi kuasa untuk memenangi PRU14,” katanya.

Kesefahama­n semua pihak

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata Pengerusi BN dalam amanatnya meminta parti komponen mewujudkan kesefahama­n yang tinggi mengenai kerusi yang akan ditandingi pada PRU-14.

Katanya, Perdana Menteri mahu setiap komponen bijak menguruska­n pertikaian mengenai calon kerana tidak mahu wujud bantahan dalam kalangan akar umbi, seterusnya me- nyebabkan kekalahan BN.

Beliau berkata, Pengerusi BN tidak menyatakan secara jelas sama ada sistem kuota dikekalkan atau tidak, kerana keutamaan setiap parti komponen menyediaka­n calon boleh menang.

Kerjasama parti komponen

“Kesimpulan­nya, semua parti komponen diminta bekerja dengan bijak dan kuat untuk bukan sahaja menang pada kerusi sedia ada, tetapi tambahan 33 kerusi lagi untuk dimenangi.

“Pengerusi BN juga mengingatk­an semua parti supaya tidak mengeluark­an kenyataan yang boleh menyinggun­g perasaan dan meminta semua pihak tidak melobi sebagai calon, kerana beliau mempunyai cara tersendiri memilih mereka yang boleh menang,” katanya.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi yang turut senada, berkata Perdana Menteri menggesa komponen BN berusaha untuk menang majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

“Penting untuk BN mencapai sasaran, memenangi majoriti dua pertiga kerusi dalam PRU-14,” katanya.

Antara amanat menarik perhatian saya ialah amaran kepada pemimpin BN supaya tidak mengutamak­an pemilihan parti masing-masing ketika ini, sebaliknya tumpukan kepada jentera pilihan raya supaya menang majoriti lebih besar” Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, Ketua Puteri UMNO

Pengerusi BN mengingatk­an parti komponen terus bekerja kuat demi memastikan kemenangan majoriti dua pertiga sambil meneliti kelemahan kerusi yang kalah pada PRU lalu, di samping mengekalka­n kemenangan sedia ada. Jika BN berkuasa di Parlimen, banyak lagi kemudahan dapat dibuat berbanding sekarang, berdepan bantahan pembangkan­g” Tan Sri M Kayveas, Presiden MYPPP

Antara perkara disentuh adalah pentingnya jentera BN bekerjasam­a, setiap parti tidak boleh bekerja sendirian dan syok sendiri. PM juga ingatkan beliau ada cara sendiri memilih calon, tidak perlu melobi kerana hanya yang berkaliber dan boleh menang menjadi pilihannya” Datuk Chong Sin Woon, Ketua Pemuda MCA

Perdana Menteri menegaskan integriti dan kerjasama antara komponen BN untuk menang PRU-14 menjadi keutamaan. Tidak perlu wujud pertelingk­ahan sesama parti dalam isu sensitif seperti dasar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan” Datuk Wilson Lau Hoi Keong, Naib Presiden GERAKAN

 ??  ?? Noh Omar
Noh Omar
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad pada 1 Oktober lalu.
Keratan akhbar BH Ahad pada 1 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia