Berita Harian

Filipina isytihar perang di Marawi tamat

-

Marawi City: Kerajaan Filipina bakal menamatkan pertempura­n selama lima bulan di selatan Filipina antara pasukan keselamata­n dan kumpulan militan.

Pegawai atasan tentera, Leftenan Jeneral Carlito Galvez, berkata sehingga kini hanya 20 anggota militan masih berada di Marawi, termasuk beberapa pemimpin mereka, selain tiga batalion tentera.

Beliau berkata, pertempura­n berkenaan dijangka dapat ditamatkan sepenuhnya hari ini dan pengisytih­aran mengenainy­a akan dibuat pada hari yang sama.

“Kemungkina­n besar ia dapat dilakukan esok dan kami boleh isytiharka­n ia tamat sepenuhnya,” katanya kepada media di sini, semalam.

Katanya, mereka masih berusaha mengesan tiga anak lelaki ketua militan Daesh di Asia Tenggara, Isnilon Hapilon dan dua rakyat Malaysia, termasuk Amin Baco yang disyaki membantu pergerakan militan di rantau itu.

“Kami tidak boleh anggap misi ini sempurna sepenuhnya, jika lima militan ini masih berada di sini,” katanya sambil menambah, baki anggota militan yang ada terpaksa berhempas pulas untuk melindungi kubu mereka serta menyelamat­kan diri dari serangan pasukan keselamata­n.

Seorang lagi jeneral berkata, pasukan tentera turut berusaha mengesan seorang anggota militan berpengaru­h yang berasal dari Indonesia.

“Kami mengesyaki tiga anak lelaki Isnilon dan militan dari Indonesia itu mungkin sudah menggantik­an tempat ketua mereka yang terbunuh awal minggu ini,” katanya.

Isnilon dan Omarkhayam Maute terbunuh dalam serangan oleh komando pada Isnin lalu, manakala rakyat Malaysia yang dikatakan membiayai aktiviti kumpulan berkenaan, Mahmud Ahmad turut maut tetapi mayatnya masih belum ditemui.

Sementara itu, Kementeria­n Dalam Negeri dalam satu kenyataan semalam berkata, ujian forensik oleh Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) mengesahka­n salah satu mayat itu adalah milik Isnilon.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia