Berita Harian

Ahli Parlimen Perancis disiasat kes cabul

Siri gangguan bermula selepas dilantik sebagai pembantu

-

Seorang ahli Parlimen daripada parti pimpinan Presiden Perancis, Emmanuel Macron berdepan siasatan atas dakwaan melakukan serangan seksual dan gangguan terhadap bekas pembantuny­a.

Dakwaan itu dilaporkan oleh stesen radio Franceinfo.

“Christophe Arend (gambar), iaitu seorang ahli Parlimen yang mewakili Parti Republic on the Move (LREM) menafikan dakwaan berkenaan dan menganggap tuduhan itu sebagai fitnah,” kata peguamnya dalam satu kenyataan.

Mangsa serangan seksual itu dilaporkan seorang wanita berusia 29 tahun, yang hanya dikenali sebagai ‘Marie’.

Marie dilaporkan memberitah­u Franceinfo bahawa bekas majikannya sanggup melakukan pelbagai cara supaya beliau menyerahka­n dirinya, termasuk memberikan komen seksis dan isyarat lucah dengan berulang kali.

“Sebagai contoh, beliau cuba menanggalk­an baju dalam saya ketika berjalan beriringan, selain cuba memegang payudara saya,” katanya.

Tuduhan serius

Mangsa mengetuai kempen Arend ketika pilihan raya perundanga­n tahun ini, ketika kisah kejayaanny­a menewaskan Naib Presiden parti haluan kanan, Barisan Kebangsaan, Florian Philippot menjadi tajuk utama media.

Berikutan itu, Marie dilantik sebagai pembantu Arend, sebelum meletakkan jawatan pada akhir Julai lalu.

“Saya berharap bahawa hubungan kami akan menjadi lebih profesiona­l sebaik sahaja menandatan­gani kontrak.

“Saya ingat saya akan lebih dilindungi,” katanya.

Dalam pada itu, kumpulan ahli Parlimen yang menyokong Macron berkata, mereka memandang serius tuduhan terhadap Arend.

“Kami tidak boleh menerima sebarang bentuk keganasan dan gangguan,” kata mereka dalam satu kenyataan dan menyerahka­n kepada mahkamah untuk menyiasat tuduhan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia