Berita Harian

Bilic akui gagal bimbing skuad West Ham

-

London: Pengendali West Ham, Slaven Bilic sedia menerima apa saja keputusan pihak pengurusan kelab selepas anak buahnya tewas 3-0 kepada Brighton di laman sendiri awal pagi semalam.

Bilic, yang berjaya mengharung­i tempoh sukar musim lalu, mengakui dia bertanggun­gjawab sepenuhnya di atas aksi longlai pasukan yang menyaksika­n penyokong tuan rumah mula angkat kaki di pertengaha­n babak pertama.

“Sukar bagi saya untuk memperkata­kan sesuatu yang bijak sekarang. Saya bertanggun­gjawab sepenuhnya. Saya tidak mahu berselindu­ng.

“Ia situasi tidak baik dan pengurusan akan melakukan apa yang sepatutnya. Keputusan terletak di tangan mereka,” kata pengendali 49 tahun dari Croatia itu.

Joe Hart mudah bolos

Pemilik bersama West Ham, David Sullivan sebelum perlawanan berkata, bekas pengendali skuad kebangsaan Croatia itu akan kekal bersama kelab sehingga akhir musim kecuali keadaan bertambah buruk dan perlu perubahan drastik.

Dua gol jaringan Glenn Murray dan satu daripada Jose Izquierdo memberikan kemenangan berharga buat pengendali Brighton, Chris Hughton yang mengharung­i perlawanan Liga Perdana ke-100 sebagai pengendali.

Ia adalah kemenangan di laman lawan pertama Brighton musim ini dan dan kali pertama dalam liga tertinggi Inggeris sejak tahun 1983.

Murray membuka jaringan seawal minit ke-10 selepas menanduk masuk sepakan percuma Pascal Gross. Izquierdo menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat dan Murray menyempurn­akan sepakan penalti untuk menewaskan penjaga gol West Ham, Joe Hart buat kali ketiga pada perlawanan itu. AFP Pengurus West Ham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia