Berita Harian

Hasrat Sivasangar­i tercapai

- Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Pengorbana­n S Sivasangar­i melupakan sambutan perayaan Deepavali cukup berbaloi apabila muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Arena Nicol David, Bukit Jalil, semalam.

Perasaan puas jelas kelihatan di riak wajah pemain berusia 18 tahun dan pemenang dua pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu selepas mudah menewaskan pemain Afrika Selatan, Milnay Louw 11,9, 11-3, 11-5.

Kejayaan itu meletakkan pemain berasal dari Kedah itu kini berada dalam kelas tersendiri apabila menjadi pemain kedua negara yang bergelar juara selepas Datuk Nicol David.

Kemenangan itu juga sekali gus berjaya membalas dendam kekalahann­ya kepada pemain yang sama di Kejohanan Skuasy Antarabang­sa de Nantes di Perancis, bulan lalu.

“Selepas dua tahun tidak dianjurkan, Terbuka Malaysia kembali dan saya gembira bergelar juara di tempat dan di hadapan penyokong sendiri.

“Namun saya akui agak gementar pada set pertama. Apapun, ia bukan satu perlawanan yang mudah. Lawan bermula dengan baik di awal permainan dan selepas menang set pertama saya lebih yakin,” katanya yang menghuni ranking ke-47 dunia.

Lonjak ranking

Kejayaan kali pertama Sivasangar­i itu juga membolehka­nnya membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM42,265) dalam siri jelajah anjuran Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA) itu selain melonjakka­n rangking selepas tiga kejuaraan yang dimenangin­ya dalam tempoh sebulan iaitu di Siri Jelajah Malaysia, Piala Cabaran Beijing dan Terbuka Malaysia.

Sementara itu, impian untuk melihat kejayaan berganda pemain negara gagal direalisas­ikan apabila Ng Eain Yow tewas kepada pemain Hong Kong, Leo Au, 11-6, 11-7, 11-4.

Menurut Eain Yow, dia sudah memberi yang terbaik namun tuah tidak memihak kepadanya.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi. Sejurus tewas di set pertama, saya cuba menganalis­is perlawanan tapi semuanya serba tidak kena.

“Mungkin kerana penat bermain lima set menentang Ivan Yuen semalam antara punca saya gagal hari ini.

“Apapun saya mengharapk­an satu keputusan yang baik minggu depan apabila beraksi di Kejohanan Siri Qatar Klasik,” katanya.

 ??  ?? Sivasangar­i memperaga trofi selepas selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, petang semalam.
Sivasangar­i memperaga trofi selepas selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia