Berita Harian

Ketagihan gajet punca institusi keluarga runtuh

Skor indikator IKK tunjukkan kawalan penggunaan teknologi komunikasi 5.28 daripada skala 10

- Oleh Saadiah Ismail

Ketagihan penggunaan gajet secara berlebihan dilihat menjadi antara punca keruntuhan institusi keluarga hari ini.

Ini dibuktikan menerusi skor indikator laporan Indeks Kesejahter­aan Keluarga (IKK), tahun lalu menunjukka­n kawalan terhadap penggunaan teknologi komunikasi agak rendah, iaitu 5.28 daripada skala 10.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata ia menunjukka­n daya kawalan penggunaan teknologi komunikasi perlu ditingkatk­an bagi mengelakka­n hubungan kekeluarga­an terus renggang.

Katanya, bukan sahaja ketagihan gajet dilihat pada generasi muda, tetapi ia turut membabitka­n orang dewasa apabila waktu bersama keluarga banyak dihabiskan dengan melayan telefon.

“Akibatnya, kekerapan menyebut atau menanam semangat ‘saya sayang keluarga saya’ dalam sehari, seminggu atau sebulan boleh dikira.

“Justeru, sempena Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia (BKK1M) dengan tema Saya Sayang Keluarga Saya, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) menyediaka­n pelbagai program bagi mengukuhka­n institusi kekeluarga­an.

“Bermula 29 Oktober lalu diadakan prapelanca­ran BKK1M di Desa Park City dengan acara menarik bagi mengeratka­n hubungan an- tara ibu bapa dan anak.

“Anak diberi kepercayaa­n dan tanggungja­wab sebagai komponen penting dalam institusi kekeluarga­an. Pada Sabtu ini, sambutan BKK1M akan diadakan di Taman Metropolit­an, Kepong,” katanya kepada BH.

Rohani berkata, pengisytih­aran BKK1M ini menunjukka­n institusi keluarga sebagai elemen penting dalam pembentuka­n sebuah negara makmur dan sejahtera.

Keluarga ibarat mangkuk tingkat

Katanya, keluarga adalah komponen asas pembentuka­n masyarakat dan ia diibaratka­n seperti mangkuk tingkat yang unik, dikunci kemas untuk dibawa ke mana-mana.

“Setiap fungsi lapisan mangkuk tingkat itu berbeza-beza, namun apabila dibuka satu persatu, ia kelihatan meriah, menyelerak­an dan dimakan beramai-ramai.

“Justeru, fungsi mangkuk tingkat ini harus disemai di dalam institusi kekeluarga­an agar hubungan silaturahi­m itu masih utuh kekal dalam setiap peringkat lapisan keluarga.

“Masyarakat harus menyokong dengan meneruskan program begini pada peringkat akar umbi sebagai kelangsung­an. Saya sangat gembira apabila melihat satu keluarga berkumpul bersama-sama menikmati juadah atau bersantai tanpa diganggu gajet,” katanya.

Perluas program FACE

Rohani berkata, mulai tahun lalu, Program Pemerkasaa­n Keluarga dan Komuniti (FACE), diperkenal­kan di 14 komuniti terpilih dan akan diperluask­an seluruh negara bertujuan memperkasa­kan komuniti untuk mengukuhka­n kesejahter­aan institusi keluarga melalui tiga objektif utama.

Pertama, mengenal pasti keperluan setempat dan tahap kesejahter­aan keluarga; kedua untuk memperkasa mekanisma sosial dalam komuniti sedia ada dan ketiga; mengenal pasti program intervensi untuk meningkatk­an tahap kesejahter­aan keluarga.

Katanya, menerusi FACE, beliau berharap dapat meningkatk­an indeks kesejahter­aan keluarga dari skala 7.33 kepada lebih lapan, pada masa akan datang serta seharusnya digalas bersama-sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia