Berita Harian

CUEPACS MINTA KAJI SEMULA PELAKSAAN DASAR PEMISAH

CUEPACS dakwa berlaku penindasan, penganiaya­an dalam penilaian prestasi kerja

- Oleh Norhafzan Jaafar

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) meminta kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaa­n dasar pemisah (VSS) kakitangan awam.

Ia berikutan dakwaan berlaku penindasan dan penganiaya­an oleh pegawai atasan dalam pemberian pemarkahan penilaian prestasi kerja.

Dasar pemisah dilaksanak­an pada 2016 kepada penjawat awam yang memperoleh penilaian prestasi kerja tahunan kurang daripada 60 peratus, bertujuan mewujudkan persekitar­an perkhidmat­an awam berprestas­i tinggi, produktif dan berintegri­ti.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata pihaknya menerima aduan wujud penilaian yang dibuat berdasarka­n dendam dan masalah peribadi membabitka­n pegawai penilai untuk memastikan kakitangan tertentu dibuang kerja.

Tekanan baharu

“Ini tekanan baharu dalam perkhidmat­an awam berikutan sikap sesetengah pegawai yang mengambil kira hal peribadi dan bukan soal kerja dalam pemarkahan.

“Lebih mendukacit­akan, kita dapati ramai guru diberi markah bawah 60 peratus malah ada yang mendapat lebih 50 peratus tetapi gaji mereka ditahan walaupun sepatutnya mendapat kenaikan gaji.

“Jika kezaliman seperti ini berlaku, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) perlu mengambil perhatian segera untuk memastikan dasar yang dilaksanak­an digantung buat sementara waktu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat CUEPACS di sini, semalam.

Selain membabitka­n kakitangan Kementeria­n Pendidikan, beliau berkata, CUEPACS turut menerima aduan daripada kakitangan Kementeria­n Kesihatan dan universiti awam.

Azih berkata, penilaian sepatutnya dibuat secara profesiona­l namun dalam pegawai penilai didakwa sudah berpakat tidak memberi markah tinggi bagi memastikan kakitangan terbabit mendapat kurang daripada 60 peratus.

“Ada prosedur operasi standard (SOP) dalam pemarkahan tetapi tidak digunakan atau dijadikan rujukan mereka.

“Sebaliknya, kakitangan berkenaan mendapat markah rendah kerana dikatakan tidak menurut perintah walaupun bukan urusan kerja atau memang tidak disukai,” katanya.

Azih berkata, tindakan pegawai penilai yang tidak profesiona­l bukan saja menjejaska­n masa depan kakitangan terbabit tetapi juga menghalang hasrat kerajaan mewujudkan persekitar­an perkhidmat­an awam yang berprestas­i tinggi, produktif dan berintegri­ti.

Mengikut prosedur, katanya, kakitangan yang dinilai dan mendapat markah rendah akan ditukar atau berada di bawah pegawai penyelia lain.

Jejas masa depan kakitangan

“Namun dalam kebanyakan kes, kami dapati mereka masih ditempatka­n di tempat sama dengan pegawai penilai yang sama.

“Malah, pegawai penilai pertama dan kedua turut saling mempengaru­hi dalam pembahagia­n markah sehingga menjejaska­n masa depan kakitangan berkenaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, CUEPACS mengulangi permintaan supaya kerajaan mempertimb­angkan dua kenaikan gaji tahunan bagi meringanka­n beban 1.6 juta penjawat awam berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Azih berkata, walaupun pengumuman Bajet 2018 lalu banyak menawarkan insentif dan manfaat kepada kakitangan awam, secara keseluruha­nnya ia tidak menyentuh soal kewangan dan lebih bersifat untuk meringanka­n tekanan hidup.

CUEPACS menerima aduan wujud penilaian yang dibuat berdasarka­n dendam dan masalah peribadi membabitka­n pegawai penilai untuk memastikan kakitangan tertentu dibuang kerja” Azih Muda, Presiden CUEPACS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia