Berita Harian

BN kena menang perang siber PRU-14

Najib mahu isu dalam media sosial ditangani dengan berkesan hadapi ‘ibu segala pilihan raya umum’

- Oleh Nazura Ngah dan Nadia Hamid

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, mengingatk­an jentera parti supaya memperting­katkan gerak kerja khususnya dalam menangani isu dibangkitk­an dalam media sosial bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kemenangan pada PRU-14 yang dianggap ibu kepada segala PRU, ditentukan dalam perang siber.

“Ibarat kata (Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk) Ahmad Maslan, pada PRU-12 dan PRU-13, UMNO dan BN kalah dalam perang maya, maka pada PRU-14 nanti, kita akan pastikan UMNO dan BN menang dalam peperangan ini.

“Saya menganggap ini sebagai usaha yang teramat penting, saya anggap ini paling mustahak, kerana PRU14 sangat-sangat dekat.

Maklumat tersebar sekelip mata

“Sudah dinyatakan berulang kali bahawa sumber maklumat yang terbesar dan paling berpengaru­h adalah melalui media sosial. Ini sudah terbukti bahawa sesuatu berita itu sama ada berita itu benar, separuh benar atau tidak benar sama sekali, dalam bentuk fitnah, ia boleh tersebar luas, boleh diviralkan dalam masa sekelip mata sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Yang hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahmad.

Konvensyen itu bertujuan memberi penerangan mengenai kepentinga­n, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi PRU-14.

Berucap di hadapan lebih 3,800 ahli UMNO, Najib berkata, beliau bergantung harap kepada pejuang maya parti untuk memastikan kemenangan BN pada PRU-14.

Perbetul berita palsu

Perdana Menteri berkata, jika BN yang ditunjangi UMNO memperoleh kemenangan pada PRU-14, kerajaan yang kuat akan dapat ditubuhkan bagi melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n untuk rakyat.

Katanya, ketika ini terlalu banyak berita palsu tersebar di media sosial yang perlu diperbetul­kan.

“Contohnya, saya tidak bagi duit pada PAS sebab itu PAS saman Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (pengasas dan editor Sarawak Report) sudah menggelaba­h, ini semua mengarut tetapi saya tidak boleh komen lebih sebab ia sudah jadi kes mahkamah,” katanya.

Saya menganggap ini sebagai usaha yang teramat penting, saya anggap ini paling mustahak, kerana PRU-14 sangat-sangat dekat” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Najib berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di PWTC, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Najib berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di PWTC, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia