Berita Harian

Gambar Tun M peluk ‘pengawal UTK’ palsu

-

Kuala Lumpur: Gambar Tun Dr Mahathir Mohamad memeluk dua individu dipercayai bekas pengawal peribadi beliau dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang tersebar ketika ini antara berita palsu yang disebarkan pembangkan­g.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata gambar itu dirakamkan tahun lalu dan tiada kaitan dengan tindakan kerajaan menarik balik khidmat pengawal peribadi bekas Perdana Menteri itu.

“Kita kena kecam berita palsu seperti ini dan kita mesti tunjuk ia sebagai contoh,” katanya pada Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Biro IT UMNO perlu bertindak lebih proaktif memastikan kesahihan gambar itu kerana ia menjejaska­n imej Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dituduh zalim.

“Dari mana sumber berita ini? Sedangkan gambar itu dari tahun lalu yang tiada kena mengena dengan UTK, tetapi tiada siapa tanya ini sumber mana, gambar juga tiada tarikh,” katanya.

Gambar Dr Mahathir memeluk dua individu berkenaan tersebar di media sosial selepas kerajaan mengumumka­n penarikan balik khidmat pengawal peribadi UTK bekas Perdana Menteri itu, Rabu lalu.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Zulkifli Noordin ketika menjadi moderator forum bertajuk Peranan Jentera Siber Dalam Menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada konvensyen itu berkata, individu dalam gambar itu adalah penyokong Dr Mahathir, bukan seperti didakwa.

Katanya, tindakan menyebarka­n gambar itu semata-mata untuk meraih simpati rakyat kepada Dr Mahathir selepas kerajaan menarik balik khidmat pengawal peribadiny­a.

“Semua orang tahu gambar itu tipu, tetapi tiada seorang pun daripada UMNO yang bercakap di media sosial bahawa perkara itu palsu,” katanya.

Dari mana sumber berita ini? Sedangkan gambar itu dari tahun lalu yang tiada kena mengena dengan UTK, tetapi tiada siapa tanya ini sumber mana, gambar juga tiada tarikh Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia