Berita Harian

Tentera siber UMNO kena tangkas, proaktif

TPM mahu budaya bunuh karakter pemimpin, sebar berita palsu ditangkis

- Oleh Nazura Ngah

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu tentera siber UMNO lebih proaktif dan tangkas menangkis persepsi khususnya membabitka­n pembunuhan karakter bagi mengelak jatuhnya tokoh, parti serta kerajaan yang baik.

Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden itu berkata, pembangkan­g bukan hanya mempersoal dasar dan pentadbira­n parti pemerintah, malah gemar menyerang peribadi pemimpin sehingga berlaku pembunuhan karakter yang memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada parti pemerintah.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, budaya jelik dan buruk itu berkembang dalam masyarakat apabila berita palsu seolaholah dapat diterima dengan mudah.

“Jika kita tidak dapat atasi segera dan hanya mendapat jawapan tiga atau empat bulan kemudian, maka berlaku apa yang Ambiga (bekas Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenavasa­n) lakukan terhadap PAS apabila parti itu dituduh menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1MDB (1Malaysia Developmen­t Berhad),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Beri penerangan

Konvensyen bertujuan memberi penerangan mengenai kepentinga­n, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahmad Zahid berkata, Malaysia terjebak sebagai antara negara tertinggi di dunia mempunyai peratusan penduduk yang aktif dalam media sosial, membabitka­n 60 peratus daripada populasi.

Beliau berkata, ia memberi kesannya terhadap pola pemikiran rakyat yang memerlukan usaha lebih proaktif untuk menangani persepsi secara intelektua­l, pendekatan psikologi dan cita rasa yang disesuaika­n dengan kumpulan sasar.

Dalam dunia yang semakin berubah, katanya, sistem komunikasi konvension­al turut beralih daripada komunikasi bersemuka dan lisan kepada komunikasi tanpa lisan.

“Persepsi yang wujud harus diurus dengan baik dan mustahil dengan sistem komunikasi konvension­al iaitu lisan atau bersemuka dapat menanganin­ya dengan baik.

“Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO adalah wira yang sentiasa berada di garisan hadapan untuk menguruska­n persepsi kerana pendapat umum atau ‘mahkamah pendapat umum’ lebih berkuasa daripada mahkamah biasa,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kegagalan menangani persepsi menyebabka­n UMNO dan Barisan Nasional (BN) tenggelam pada dua PRU lalu yang akhirnya terpahat sebagai sejarah negara.

Tangkis tohmahan kurang 4 jam

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jentera UMNO khususnya tentera siber parti hanya mempunyai kurang empat jam untuk menangkis tohmahan, persepsi atau fitnah siber di media sosial.

Beliau berkata, jika tempoh itu gagal dimanfaatk­an, parti dianggap tewas dalam pertarunga­n di medan media sosial, sekali gus memerlukan usaha lebih keras untuk menangani isu dibangkitk­an pembangkan­g.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan pantas tentera siber perlu kerana dalam persekitar­an hari ini, penyebaran maklumat berlaku dalam kadar segera.

“Kita mesti cepat. Kitaran berita dalam media sosial bukan lagi 12 atau 24 jam, sebaliknya ia berterusan. Oleh itu kita hanya ada maksimum empat jam memberi maklum balas kepada sesuatu isu,” katanya.

Khairy yakin jentera parti dapat membentuk persepsi positif terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika setiap individu berperanan dalam medan perang media sosial.

Jika PRU-13 adalah PRU pertama menyaksika­n medan sosial menjadi wadah penting menentukan pola pengundian, beliau berkata, PRU-14 bakal membawa perubahan sangat besar kerana lebih ramai rakyat menggunaka­n media sosial dalam komunikasi harian.

Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO adalah wira yang sentiasa berada di garisan hadapan untuk menguruska­n persepsi kerana pendapat umum atau ‘mahkamah pendapat umum’ lebih berkuasa daripada mahkamah biasa” Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Ketua Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan peserta konvensyen selepas menyampaik­an ucapan Pembukaan Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di PWTC, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Ahmad Zahid bersama Ketua Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan peserta konvensyen selepas menyampaik­an ucapan Pembukaan Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia