Berita Harian

Pusat bayar ganti rugi doktor cuai RM20J setahun

-

Sungai Petani: Kerajaan Persekutua­n terpaksa membuat pembayaran ganti rugi mencecah RM20 juta setahun ke atas pelbagai kesilapan yang dilakukan terhadap pesakit.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata kecuaian daripada segelintir kakitangan dan pegawai perubatan antara faktor utama menyebabka­n kerajaan terpaksa melakukan bayaran ganti rugi membabitka­n jumlah besar.

7,000 aduan orang awam

“Setiap tahun, kita menerima kirakira 7,000 aduan daripada orang awam berkaitan perkhidmat­an kementeria­n termasuk kekasaran yang dilakukan sama ada dalam kalangan doktor dan jururawat ke atas pesakit.

“Aduan yang diterima adalah berkaitan interaksi doktor dan jururawat terhadap pesakit selain masalah kelengkapa­n yang tidak mencukupi dan juga masalah kecuaian,” katanya, semalam.

Beliau berkata pada sidang media pada Majlis Perasmian Makmal Simulasi Komuniti Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Petani (Kejururawa­tan), di sini.

Dalam pada itu, Dr Hilmi berkata, kewujudan makmal simulasi terbabit diharapkan dapat memberi latihan yang lebih sempurna kepada pelatih jururawat dalam mengendali­kan pesakit.

Beliau berkata, jururawat dan doktor adalah golongan yang paling hampir dengan masyarakat, iaitu bermula daripada seseorang itu dilahirkan sehingga individu itu meninggal dunia.

Interaksi lebih baik

“Jadi, golongan itu khususnya jururawat perlu diberi latihan sempurna supaya mempunyai interaksi yang lebih baik dengan pesakit.

“Saya harap dengan latihan dan kemudahan yang disediakan dapat mengurangk­an aduan berkaitan kakitangan kita sekali gus dapat menjaga imej kementeria­n,” katanya.

 ?? [FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] ?? Dr Hilmi menunjukka­n cara pengurusan bayi kepada pelatih jururawat pada Majlis Perasmian Makmal Simulasi Komuniti ILKKM Sungai Petani (Kejururawa­tan), semalam.
[FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] Dr Hilmi menunjukka­n cara pengurusan bayi kepada pelatih jururawat pada Majlis Perasmian Makmal Simulasi Komuniti ILKKM Sungai Petani (Kejururawa­tan), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia