Berita Harian

Penguasaan bahasa Inggeris meningkat

-

London: Kajian Cambridge English (CE) terhadap tahap penguasaan bahasa Inggeris 2017 di sekolah Malaysia menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan, sekali gus menepati piawaian ditetapkan Common European Framework Reference (CEFR).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata kajian dilakukan CE itu turut mendapati jurang penguasaan bahasa Inggeris antara bandar dan luar bandar semakin mengecil.

“Dalam laporan terbaru itu, kami dapati beberapa perkara menarik, iaitu tahun ini pelajar Tahun Enam menunjukka­n pencapaian penguasaan bahasa Inggeris agak dramatik dengan lebih 40 peratus mencapai tahap B1 dan B2 (tahap penguasaan bahasa Inggeris yang memberangs­angkan).

“Ini peningkata­n yang menarik berbanding kajian pada 2013, malah kajian tahun ini juga melepasi piawaian ditetapkan CEFR iaitu tahap A2 (tahap penguasaan asas).

Peningkata­n ketara

“Begitu juga bagi kajian peringkat Tingkatan Tiga, Lima dan Enam turut menunjukka­n peningkata­n ketara berbanding 2013,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas sesi taklimat mengenai kajian CE 2017 bersama Ketua Penyelidik­an dan Pembanguna­n Antarabang­sa Cambridge English, Dr Hanan Khalifa di sini, semalam.

Kajian CE 2017 membabitka­n 20,315 pelajar dan lebih 1,000 guru secara komprehens­if membabitka­n bidang kokurikulu­m, pentaksira­n, pengajaran dan pembelajar­an (P&P) serta latihan guru.

Beliau berkata, peningkata­n penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar itu memberi keyakinan pendidikan Malaysia berada di landasan tepat sejajar pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Katanya, bagi guru pula, kajian CE itu mendapati lebih 50 peratus mencapai tahap C1, iaitu tahap penguasaan bahasa Inggeris yang sangat tinggi dan ia juga satu peningkata­n memberangs­angkan berbanding 2013.

“Dengan usaha berterusan, kami percaya boleh meningkatk­an lagi tahap kompetensi guru dan sasaran kami ialah 100 peratus guru mencapai tahap C1 menjelang 2025,” katanya.

Amin berkata, pada masa sama CE turut mengemukak­an beberapa cadangan bagi penambahba­ikan penguasaan bahasa Inggeris, termasuk penambahan penggunaan sumber digital bagi P&P.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia