Berita Harian

Beri idea perkasa pendidikan negara

Kementeria­n terima pandangan semua pihak, termasuk pelajar kita di luar negara

-

Kementeria­n Pendidikan terbuka dalam menerima sebarang idea atau pandangan pelbagai pihak, termasuk pakar akademik dan pelajar di luar negara bagi menambah baik pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kementeria­nnya membuka ruang seluasnya bagi perkongsia­n pandangan semua pihak demi kebaikan dan pemerkasaa­n sistem pendidikan negara.

“Kami perlukan nilai tambah dan perkongsia­n idea kerana apabila memasuki tahun kelima dan enam pelaksanaa­n (PPPM), pasti kami perlu buat penilaian semula.

“Kami sedia terima pandangan semua pihak, dari seluruh pelosok dunia, malah pelajar di luar negara pun tidak salah beri idea, sama ada mahu berjumpa saya atau Ketua Pengarah Pelajaran, pintu sentiasa terbuka.

“Ini adalah untuk kebaikan pendidikan negara dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa,” katanya pada sidang media selepas sesi pertemuan dan dialog dengan pelajar Malaysia di Malaysian Hall di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaa­n dan Prestasi Pendidikan (PADU), Khadijah Abdullah.

Kira-kira 30 pelajar Malaysia di United Kingdom menyertai sesi itu yang antara lain bagi memberi penerangan berkenaan pembanguna­n pendidikan negara khususnya berkaitan pelaksanaa­n PPPM 2013-2025.

Input tambah baik PPPM

Mahdzir berkata, pihaknya mengalualu­kan pandangan daripada ahli akademik bagi memberi input dalam penambahba­ikan PPPM.

“Kami beritahu pakar akademik seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UITM), kalau mereka berasa ada benda lain, contohnya cara pengajaran di TADIKA tidak betul dan ada benda yang patut ditambah, apa salahnya kami kaji balik dan tambah baik.

“Bukan kami rasa bangga sudah buat yang terbaik (untuk pembanguna­n pendidikan negara), kami tidak akan berkata seperti itu,” katanya.

Sesi pertemuan

Beliau berkata, kementeria­n juga melihat kepentinga­n untuk sentiasa mengadakan sesi pertemuan dan penerangan dengan pelbagai pihak bagi memberi makluman berkenaan pelan pembanguna­n pendidikan negara.

“Kami sudah beri penjelasan berhubung pembanguna­n pendidikan ini pada Persidanga­n Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) Ke-39 di Paris dan hari ini juga kami beri maklumat yang sama kepada pelajar di London.

“Selain pelaksanaa­n PPPM, pertemuan dan penerangan mesti dibuat sama ada membabitka­n peserta antarabang­sa dan pelajar di luar negara supaya mereka faham inilah yang dilakukan kerajaan berkaitan pendidikan.

“Penerangan ini perlu diteruskan kerana jika kita melihat pelan pembanguna­n pendidikan ini semua pihak terbabit secara langsung sama ada pihak pemegang taruh atau orang awam termasuk badan bukan kerajaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, alumni sekolah mahu pun pihak luar seperti UNESCO dan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO),” katanya.

 ?? [FOTO IRWAN SHAFRIZAN ISMAIL/BH] ?? Mahdzir pada sesi pertemuan dan dialog dengan pelajar Malaysia di Malaysian Hall, London, semalam.
[FOTO IRWAN SHAFRIZAN ISMAIL/BH] Mahdzir pada sesi pertemuan dan dialog dengan pelajar Malaysia di Malaysian Hall, London, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia