Berita Harian

Sasar bebas 50,000 nama muflis

Kerajaan mahu selesai kes individu sakit, tua, penjamin dalam lima tahun

- Oleh Syed Azwan Syed Ali

Kerajaan menyasarka­n untuk mengeluark­an semua 50,000 individu muflis daripada status kebankrapa­n dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata individu berkenaan termasuk mereka yang diisytihar­kan muflis akibat masalah teknikal atau menjadi penjamin sosial pinjaman untuk tempoh yang lama.

“Kita mahu melepaskan mereka daripada kongkongan hutang yang ditanggung disebabkan keprihatin­an mereka (penjamin sosial), kita mahu agar dapat diselesaik­an 100 peratus dalam tempoh lima tahun.

“Mungkin agak berat tetapi tidak mustahil dilakukan,” katanya pada ucapan penutup Forum Pengguna Ke-7 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Menara FELDA di sini semalam.

Runding, cari penyelesai­an

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Penasihat Kehormat PPIM, Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim; Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma’amor Osman; dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Terdahulu, Azalina berkata kerajaan akan berunding dengan pihak institusi kewangan dan bank selepas pilihan raya umum untuk mencari mekanisme penyelesai­an terbaik bagi menangani isu 50,000 individu muflis di negara ini yang majoritiny­a adalah Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tumpuan akan diberikan kepada individu yang sudah berumur, sakit dan penjamin sosial.

Mengulas mengenai hasrat kerajaan itu, Nadzim berkata isu individu muflis harus segera diselesaik­an kerana ada kalangan individu terbabit diisytihar­kan muflis melebihi tempoh 10 tahun.

Pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 peserta itu, Timbalan Perdana Menteri mengumumka­n peruntukan khas RM500,000 kepada PPIM.

Sebanyak tujuh resolusi diluluskan pada forum itu, termasuk meminta kerajaan lebih terbuka dalam mendengar aduan rakyat dan memperuntu­kkan kerusi Senator kepada PPIM bagi mewakili suara pengguna.

Kita mahu melepaskan mereka daripada kongkongan hutang yang ditanggung disebabkan keprihatin­an mereka (penjamin sosial)” Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia