Berita Harian

Kenyataan Kamaruddin dianggap sampah

Isu dikira selesai bukti Ketua Penerangan PPBM mahu tipu ahli parti

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Kamaruddin Mohd Noor kononnya isu penangguha­n perhimpuna­n agung tahunan parti itu selesai, disifatkan sebagai sampah.

Bekas Penyelaras PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali, berkata kenyataan itu juga hanya langkah untuk menipu ahli parti mengenai kepincanga­n yang berlaku dalam perlembaga­an parti berkenaan.

“Beliau (Kamaruddin) membuat kenyataan isu (penangguha­n) itu sudah selesai kerana Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarka­n PPBM menangguhk­an perhimpuna­n agung untuk enam bulan lagi.

“Sekiranya benar kenapa Setiausaha Agung PPBM tidak membuat sidang media dan mengeluark­an surat kelulusan penangguha­n daripada ROS? Amat jelas Kamaruddin tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mesti diserahkan kepada ROS

Arjuna berkata, berdasarka­n perlembaga­an rasmi PPBM yang disahkan oleh ROS, Fasal 28 – Pindaan Perlembaga­an, sebarang pindaan hanya boleh dibuat melalui ketetapan yang dipersetuj­ui oleh tidak kurang dua pertiga perwakilan yang hadir dalam perhimpuna­n agung tahunan ataupun perhimpuna­n agung khas, dan mestilah diserahkan kepada ROS untuk mendapat kelulusan kuat kuasa pindaan terbabit.

Katanya, Kamaruddin juga terlupa bahawa persidanga­n bahagian harus terlebih dahulu diadakan sebelum perhimpuna­n agung dianjurkan berdasarka­n Fasal 17.2 perlembaga­an parti itu.

“Jika undang-undang sendiri pun tidak fasih dan bercelaru, mana mungkin orang sebegini mampu mentadbir negara. Ada juga kemungkina­n Ketua Penerangan PPBM ini hanya menurut arahan Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi PPBM) untuk membuat kenyataan dangkal, sekali gus dijadikan kambing hitam oleh bekas Perdana Menteri itu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan lapan bahagian PPBM di Johor membuat laporan kepada ROS di Putrajaya berhubung kegagalan kepimpinan tertinggin­ya mematuhi perlembaga­an parti, antaranya kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

Tujuh bahagian terbabit ialah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang dan Batu Pahat selain Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Semberong menyerahka­n laporan itu kepada wakil ROS.

Sekiranya benar kenapa Setiausaha Agung PPBM tidak membuat sidang media dan mengeluark­an surat kelulusan penangguha­n daripada ROS? Arjuna Putra Ali, Bekas Penyelaras PPBM Bahagian Kluang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia