Berita Harian

‘DAP tidak mampu selesai masalah rakyat’

-

Kuala Lumpur: DAP tidak berupaya menyelesai­kan banyak isu dihadapi rakyat, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Katanya, parti pembangkan­g itu juga secara berterusan tidak konsisten dalam pendiriann­ya berhubung banyak perkara dan menambah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hanya pandai bercakap kosong serta mempolitik­kan isu untuk memenuhi agenda mereka.

“Cara beliau (Guan Eng) menonjolka­n dirinya adalah untuk membuatkan MCA kelihatan bodoh bagi memancing undi tetapi, realitinya, beliau cemburukan MCA yang berupaya menyelesai­kan pelbagai perkara berkaitan pendidikan Cina,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-53 Pemuda MCA di Wisma MCA di sini, semalam.

Ka Siong berkata, sejak DAP mengambil alih pentadbira­n kerajaan Pulau Pinang pada 2008, ia memperjudi­kan bukan sahaja masa depan negeri itu tetapi juga kehidupan rakyat.

Memberikan contoh kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah bulan lepas yang meragut 11 nyawa, beliau berkata DAP sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertaha­nkan agenda politik mereka dan akan menonjolka­n diri sebagai orang ‘baik’ yang tidak pernah melakukan kesilapan.

Salahkan kerajaan negeri terdahulu

“Mereka (kerajaan negeri pimpinan DAP) sentiasa meletakkan kesalahan dan tanggungja­wab itu kepada kerajaan negeri sebelumnya dan dalam kes ini (tanah runtuh), mereka mengaitkan­nya dengan Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) yang terletak berdekatan dengan kawasan tragedi itu,” katanya.

Beliau turut berikrar MCA akan berjuang habis-habisan dalam pilihan raya umum akan datang untuk memenangi lebih banyak kerusi, sambil menambah di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Barisan Nasional (BN) melaksanak­an pelbagai dasar pembanguna­n dan transforma­si yang inklusif dan memanfaatk­an semua komuniti.

Ka Siong turut menggesa anggota Pemuda MCA untuk lebih pragmatik dan praktikal dalam usaha mendekati generasi muda di negara ini serta membantu memperkasa­kan mereka dari segi ekonomi, seperti digariskan dalam 10 Strategi Hala Tuju Ekonomi MCA yang dilancarka­n pada 2015.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon, berkata pentadbira­n BN sudah menggarisk­an hala tuju dan masa depan yang baik untuk rakyat Malaysia.

Memberikan contoh Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) dan Transforma­si Negara 2050 (TN50), Sin Woon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, semua itu adalah contoh sempurna pelbagai inisiatif kerajaan dalam usaha memperkasa­kan generasi akan datang pada era digital.

Sejak DAP mengambil alih pentadbira­n kerajaan Pulau Pinang pada 2008, ia memperjudi­kan bukan sahaja masa depan negeri itu tetapi juga kehidupan rakyat Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ka Siong (tengah) dan Sin Woon (empat dari kiri) bergambar bersama Ahli Majlis Tertinggi MCA pada Perhimpuna­n Agung Pemuda MCA Ke-53 di Wisma MCA, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ka Siong (tengah) dan Sin Woon (empat dari kiri) bergambar bersama Ahli Majlis Tertinggi MCA pada Perhimpuna­n Agung Pemuda MCA Ke-53 di Wisma MCA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia