Berita Harian

PDRM ambil keterangan Raja Petra di Britain

Penulis blog didakwa fitnah Peguam Negara terbabit rasuah menerusi artikel di portal berita

- Oleh Siti Azila Alias

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahka­n sudah mengambil keterangan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom (UK), awal minggu ini.

Tindakan itu dibuat susulan dua laporan polis dibuat Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bulan lalu yang mendakwa Raja Petra memfitnahn­ya terbabit rasuah menerusi tulisan di sebuah portal berita tempatan. Difahamkan, keterangan itu diambil pada Rabu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahka­n menghantar tiga pegawai penyiasat Bukit Aman ke UK bagi tujuan itu.

Polis hantar 3 pegawai ke UK

“Ya. Saya sahkan menghantar tiga pegawai ke UK untuk merekod keterangan Raja Petra.

“Mereka dijangka pulang ke tanah air hari ini (semalam) atau esok (hari ini),” katanya, semalam.

Difahamkan Raja Petra hidup dalam buangan di UK selepas melarikan diri daripada dakwaan menghasut dan fitnah di Malaysia pada 2006.

Mohamed Apandi sebelum itu membuat laporan polis di Kuantan, 26 Oktober lalu. Pahang pada 22 Oktober lalu dan satu lagi oleh pejabatnya pada hari sama di Putrajaya.

Polis membuka kertas siasatan kes mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Raja Petra menerusi dua artikelnya bertajuk

didakwa membuat pelbagai tuduhan rasuah terhadap Mohamed Apandi.

Raja Petra turut didakwa menulis kononnya satu pertemuan pada 2015 antara hakim kanan dan seorang ahli politik bagi membincang­kan dakwaan menjatuhka­n kerajaan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH,
Keratan akhbar BH,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia