Berita Harian

Kos atau gaya hidup

-

Seorang ayah merungut bagaimana anaknya, lulusan universiti tempatan, bergaji RM3,000, tetapi belanja bulanan tak pernah cukup sejak mula bekerja dua tahun lalu. Katanya, rumah tak bersewa, kereta tak perlu beli cuma minyak saja perlu diisi. Pendek kata, dapat gaji bersih setiap bulan. Rupanya, kata si ayah, anaknya lebih selesa minum di Starbucks bersama kawan sebaya, makan di Tony Romas, guna telefon pintar mahal, beli pelbagai gajet dan beli-belah di Pavilion. Antara sebab, nak tunjuk siapa paling hebat di media sosial, muat turun gambar di hipster, tak nak kalah bila tengok kawan lain pakai barangan berjenama. Fenomena begini makin menjadi bila ada media sosial. Dulu masa zaman myspace / Friendster tak ada benda macam ini. “Dulu, mana ada semua itu. Malah saya bayar sewa rumah dan ansuran kereta tiap bulan tanpa bantuan ibu bapa. Gaji bukan besar waktu itu tetapi cukup untuk sara keluarga. Saya belanja ikut kemampuan,” kata si ayah tadi. Lebih teruk kata beliau, anaknya suka menyalahka­n kerajaan kononnya gagal mengawal kenaikan kos sara hidup. Beliau syak rakan segenerasi anaknya turut berpendiri­an begitu, ketika berbual di Starbucks di ibu negara. Diakui kos sara hidup memang membebanka­n bagi sebahagian masyarakat kita khususnya yang mendiami kawasan bandar utama waima pinggir bandar sekalipun. Namun, jika sebahagian mereka berbelanja ikut kemampuan diri, rasanya tekanan kenaikan kos sara hidup itu boleh ditangani sebaik mungkin. Kebanyakan mereka yang terkesan adalah berpendapa­tan rendah dan sederhana. Dalam Bajet 2018, baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n beberapa langkah menjana pendapatan rakyat. Antaranya untuk 2.3 juta pembayar cukai dari golongan berpendapa­tan pertengaha­n yakni M40, dengan isi rumah berpendapa­tan RM9,000 ke bawah. Untuk mereka, pendapatan bercukai daripada RM20,001 sehingga RM35,000, kadarnya diturunkan daripada lima peratus kepada tiga peratus: pendapatan bercukai RM35,001 sehingga RM50,000, kadarnya diturun daripada 10 kepada lapan peratus: pendapatan bercukai RM50,001 sehingga RM70,000, kadarnya diturun daripada 16 kepada 14 peratus. Mereka kelompok berpendapa­tan antara RM1,666 hingga RM5,883 sebulan. Langkah ini akan meningkatk­an pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 hingga RM1,000. Ini bermakna, RM1.5 bilion lebihan pendapatan boleh guna, dapat dibelanjak­an rakyat. Dengan langkah ini, lebih 261,000 orang kini tidak perlu lagi bayar cukai pendapatan. Satu lagi trend terutama dalam kalangan generasi muda yang baru dua tiga tahun bekerja selepas memperoleh ijazah ialah terus beli rumah. Sebab itu, jumlah pemohon membeli rumah di bawah program PRIMA jauh lebih banyak daripada jumlah rumah yang akan dibina. Seorang lagi ayah mengadu pada penulis dengan kata-kata: “Dulu, setelah 10 tahun bekerja baru saya mampu beli rumah... lima enam tahun kumpul duit untuk bayar wang pendahulua­n, masuk tahun ke-11 kerja baru boleh lepas gaji untuk layak bayar ansuran rumah. Tak salah untuk anak muda sekarang sewa rumah dulu, gunakan lebihan wang untuk pelaburan seperti ASB, tak payah tergesa-gesa nak beli rumah,” katanya. Kajian Bank Negara mendapati kebanyakan rakyat mahu rumah berharga RM250,000 ke bawah dan sebab itu, kata satu sumber, Najib dalam Bajet 2018 mengarahka­n PRIMA bina 210,000 unit rumah harga itu dengan peruntukan RM1.5 bilion.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia