Berita Harian

Jenazah pendaki selamat dikebumi

Anak tunggal berterima kasih kepada semua pihak

- Oleh Siti Azila Alias

Selepas hampir setahun, akhirnya Ramli Abd Majid, yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand, Iran, ‘pulang’ jua ke tanah air, semalam.

Jenazah Ramli diterbangk­an menggunaka­n pesawat Mahan Air dari Lapangan Terbang Imam Khomeini malam kelmarin dan tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.20 pagi semalam sebelum dibawa ke Masjid Asy Syakirin, Taman Puchong Utama.

Di masjid, ahli keluarga diberi peluang menatap jenazah buat kali terakhir sebelum disolatkan sekali lagi. Pada jam 1.45 tengah hari, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong dan selamat dikebumika­n pada jam 2.05 petang.

Cuaca mendung mengiringi majlis pengebumia­n Ramli, disusuli hujan renyai sejurus selesai pengebumia­n yang turut dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan sahabat handai, termasuk rakan sekerja Allahyarha­m. Anak tunggal Allahyarha­m, Muhammad Fauzi, 17, ketika ditemui meluahkan rasa syukur kerana segala urusan sudah selesai, selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantu membawa pulang jenazah bapanya.

Dia yang akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Isnin ini, berkata tanggungja- wabnya kini besar kerana perlu menjaga ibunya, Roslida Ablah, 42, berikutan hanya dia satu-satunya waris yang tinggal selepas ketiadaan bapa.

Pesanan ayah

“Ketiadaan bapa hampir setahun memang sedikit sebanyak mengganggu pelajaran saya tetapi, insya-allah saya akan buat yang terbaik dalam SPM.

“Selepas habis SPM, saya akan pulang ke sini (rumah di Puchong Utama) untuk jaga emak,” katanya yang tinggal bersama datuknya di Pahang.

Muhammad Fauzi berkata, kali terakhir dia bertemu bapanya September tahun lalu tetapi ketika itu bapanya tidak menunjukka­n sebarang perubahan.

Muhammad Fauzi berkata, walaupun terpaksa menunggu lama, namun bersyukur kerana doanya mahu bertemu semula dengan bapa dimakbulka­n, sekurang-kurangnya ada kubur untuk diziarahi.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ /BH ] ?? Muhammad Fauzi menyiram pusara arwah ayahnya Ramli di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong, semalam.
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ /BH ] Muhammad Fauzi menyiram pusara arwah ayahnya Ramli di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia