Berita Harian

‘Ibu suruh ambil gambar buat simpanan’

-

Bandar Seri Jempol: “Ibu suka bergurau, tetapi tak sangka gurauan semalam jadi kenyataan.”

Pelajar Tingkatan Dua, Nurrizzatu­l Othman, 14, sukar menahan sebak mengenang detik petang kelmarin ketika ibunya, Amairah Mohamad Azid, 54, berehat di rumah mereka di FELDA Serting Hilir Lima, dekat sini.

“Saya mengambil gambar untuk dihantar kepada kakak. Lepas tu ibu suruh ambil gambar dia banyakbany­ak untuk simpanan jika dia sudah tiada.

“Saya tak syak apa-apa ketika ibu bercakap begitu. Rupanya saya kehilangan ibu dan abang tiri serentak. Mereka dalam perjalanan pulang selepas ibu menjalani rawatan dialisis di klinik swasta.

“Saya baru kehilangan ayah tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Hospi- tal Jempol di sini, semalam.

Ibu, abang maut

Amairah dan anaknya, Mohammad Aliff Azmi, 27, maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 9, Jalan Bahau-kemayan di sini.

Kejadian pada jam 11.47 pagi itu menyebabka­n dua beranak itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Nurizzatul berkata, ibu dan abang menghantar­nya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah atau Institut Jantung Negara (IJN) setiap tiga bulan untuk menjalani pemeriksaa­n jantung berlubang yang dialami sejak lahir.

Selepas ini, beliau berkemungk­inan tinggal bersama kakaknya di Kajang, Selangor.

Saya tak syak apa-apa ketika ibu bercakap begitu” Nurrizzatu­l Othman, Anak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia