Berita Harian

Jubli Perak Sahajidah Hai-o meriah

Majlis dihadiri hampir 12,000 usahawan dari seluruh negara

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Syarikat jualan langsung terkemuka, Sahajidah Hai-o Marketing Sdn Bhd (Sahajidah Hai-o) menyambut ulang tahun ke-25, dengan penuh gemilang, semalam.

Lebih meriah, majlis dihadiri hampir 12,000 usahawan dari seluruh negara itu turut menabalkan 92 usahawan sebagai Crown Diamond Manager (CDM), iaitu anugerah pangkat tertinggi dalam pencapaian usahawan Sahajidah Hai-o.

Pengerusi Kanan Sahajidah Hai-o, Tan Sri Osman S Cassim, berkata beliau seronok, tetapi terharu setiap kali syarikat itu menyambut ulang tahun.

“Sambutan ulang tahun ini umpama serampang dua mata, iaitu meraikan kejayaan Sahajidah Haio dan meraikan CDM baharu.

Guna peluang sebaik mungkin

“Saya kagum dan bangga dengan pencapaian usahawan kerana walaupun ekonomi global masih suram, mereka membuktika­n mampu merebut dan menggunaka­n peluang berniaga sebaik mungkin,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 itu di Stadium Malawati, di sini, semalam.

Majlis disempurna­kan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Yang turut hadir, pereka kasut terkemuka dunia, Prof Datuk Jimmy Choo yang juga Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Kumpulan syarikat itu.

Majlis diserikan dengan persembaha­n nyanyian artis terkenal, Fazura yang baru dilantik menjadi duta syarikat itu.

Tiga CDM, Murni Hayati Mohamed, Mashiemma Masari Said dan Siti Nurhafzan Mohamed, dipilih sebagai penerima terbaik Anugerah Usahawan Cemerlang 2017. Mereka adalah anak didik CDM Mohd Arifin Shah Giman.

Sementara itu, Arifin Shah yang turut dijemput memberi ceramah dalam slot Perkongsia­n Kisah Kejayaan, berkata beliau bangga kerana dapat membantu orang Melayu untuk terus berjaya.

Bekas jurutera syarikat minyak itu, berkata beliau juga mahu membetulka­n tanggapan negatif masyarakat terhadap perniagaan berkonsepk­an pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Dalam pada itu, Hamzah berkata, kementeria­nnya sedia membantu usahawan MLM tempatan berkaitan ilmu keusahawan­an supaya lebih ramai usahawan dapat dilahirkan menerusi saluran syarikat itu di negara ini.

 ?? [FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] ?? Hamzah dan Choo (kanan) beramah mesra dengan tetamu pada majlis ulang tahun ke-25 Sahajidah Hai-o Marketing di Shah Alam, semalam.
[FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] Hamzah dan Choo (kanan) beramah mesra dengan tetamu pada majlis ulang tahun ke-25 Sahajidah Hai-o Marketing di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia