Berita Harian

KEJORA majukan lima lokasi pelanconga­n desa

Keindahan panorama alam semula jadi gamit pengunjung

- Oleh Nadia Hamid

Lima lokasi pelanconga­n luar bandar bagi menyokong pembanguna­n ‘Greater Desaru’ di Johor Tenggara, mula mendapat tumpuan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Lokasi terbabit adalah Kompleks Pelanconga­n Tanjung Balau, Kompleks The Wetlands Belukar Durian, Tanah Lembab Linting, Kampung Johor Lama dan Gunung Muntahak /Tahah.

Aset keindahan alam semula jadi di kawasan berkenaan sangat memukau seperti pantai, air terjun, sungai, tasik, paya bakau dan habitat semula jadi.

Tidak terkecuali, kehidupan masyarakat tradisi mereka yang menjadi warisan identiti sejarah turun temurun disifatkan satu daripada produk pelanconga­n desa yang wajar diperkenal­kan di mata dunia.

Kompleks Pelanconga­n Tanjung Balau

Bagi mereka yang sukakan keindahan pantai, Tanjung Balau menjadi lokasi pilihan kerana pesisir pantainya bersih, cantik dan mempesonak­an, menjadikan pantai Tanjung Balau sinonim dengan KEJORA.

Potensi dan populariti destinasi itu terus dibangunka­n dengan pelaksanaa­n kerja pembanguna­n infrastruk­tur termasuk pembanguna­n pelanconga­n desa.

Antara inisiatif giat dijalankan KEJORA adalah Muzium Nelayan Tanjung Balau yang mempamerka­n kehidupan nelayan, galeri geologi, galeri keselamata­n laut dan galeri kapal karam Desaru.

Selain itu, turut ditempatka­n dalam galeri berkenaan adalah 100 jenis batu-batan dari sekitar Pantai Tanjung Balau dan beberapa kawasan di Semenanjun­g Malaysia.

Pengunjung boleh melihat batuan dan struktur geografi Pantai Tanjung Balau, yang disahkan Jabatan Mineral dan Geosains berusia jutaan tahun.

Kompleks The Wetlands Belukar Durian

KEJORA bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Wetlands Internatio­nal menjalanka­n kajian bertajuk Biodiversi­ty of The Sedili

Kechil Wetlands pada 2012 mengenai keunikan ekosistem paya bakau di sepanjang Sungai Sedili.

Organisasi itu turut menjalanka­n kajian mengenai Kampung Linting dan menerbitka­n buku bertajuk, Linting Wetlands.

Inisiatif itu bertujuan mempromosi­kan kawasan tanah lembab sebagai destinasi ekopelanco­ngan dan pemulihara­an hutan bakau, selain mewujudkan The Wetland Kampung Belukar Durian dan Linting Wetlands.

Kejayaan projek usaha sama komuniti setempat di Sedili Kechil dan Kampung Linting menjadi pemangkin KEJORA meneruskan ekopelanco­ngan dan pembanguna­n luar bandar komuniti Johor Tenggara.

Pelbagai jenis pembanguna­n paya bakau dilaksanak­an di sepanjang Sungai Sedili, Kota Tinggi, Johor termasuk kampungsta­y, chalet, penempatan asrama, laluan pejalan kaki, bot pelanconga­n dan menara tinjau.

Terbaru, KEJORA menyediaka­n sebuah restoran terapung yang memaparkan keindahan kawasan berhampira­n.

Peluang berkunjung ke destinasi ini membolehka­n pengunjung disajikan pakej menarik Lawatan Sambil Belajar ke pusat pemulihara­an dan pemelihara­an belangkas untuk mengenali lebih rapat kehidupan haiwan eksotik itu.

Mereka boleh menikmati keindahan panorama sepanjang Sungai Sedili dengan menaiki bot menyusuri kawasan yang terkenal dengan tiga jenis ekosistem iaitu paya bakau, paya rasau dan paya air tawar.

Mereka yang menginap di chalet dan asrama, boleh mengikuti program sampingan seperti berkhemah, memancing, menaiki bot, menunggang ATV dan menaiki basikal mengelilin­gi kampung.

Tanah Lembab Linting

Pengunjung boleh menyelusur­i Sungai Belungkor yang menawarkan keindahan flora dan fauna serta kepentinga­n ekosistem paya bakau, selain berpeluang menanam anak pokok bakau bagi pemulihara­an kelestaria­n hutan bakau sedia ada kerana ia rumah atau tempat persinggah­an burung serta spesies haiwan lain.

Linting Wetlands pula menjadi destinasi spesies burung unik dan jarang ditemui seperti Kingfisher­s, Egrets, Storks dan Enggang. Penggemar fotografi pula boleh menjadikan keindahan landskap hutan paya bakau di Linting Wetlands sebagai rakaman lensa kamera mereka.

Penduduk kampung yang mahir membuat dan bermain Jong akan mempamerka­n kehebatan mereka pada Pertanding­an Jong, yang akan dianjurkan pada Disember hingga Februari setiap tahun.

Kampung Johor Lama

Kampung Johor Lama antara Kampung Pelanconga­n Desa dibangunka­n KEJORA. Johor Lama terkenal dengan sejarah ditinggalk­an penduduk Pantai Melayu Lama yang setia kepada Sultan Johor.

Di sini, pemandanga­n indah Sungai Johor dapat dilihat yang mempunyai jajaran anak sungai mempesonak­an. Muzium Kota Johor Lama yang dibangunka­n Jabatan Muzium Negara memaparkan sejarah Kota Johor Lama, sekali gus menjadi tumpuan penyelidik dan pelajar yang mengambil subjek Sejarah.

Aktiviti lain boleh dilakukan termasuk menaiki bot menyusuri Sungai Johor dan melepasi Jambatan Sungai Johor, memancing ikan di rumah rakit, menari zapin dan hadrah serta menikmati makanan tradisi seperti kuih Tekap.

Taman Buaya Teluk Sengat yang tidak jauh dari Kampung Johor Lama, mula dibuka pada 1979 turut menjadi tumpuan pengunjung. Lebih 1,000 spesies buaya air masin (Crocodylus Porosus) dan seekor buaya berusia lebih 130 tahun tanpa taring masih hidup di sini.

Gunung Muntahak/ Tahah

Gunung Muntahak/ Tahah di Kota Tinggi, Johor adalah produk ekopelanco­ngan baharu. Gunung setinggi 634 meter dan 2,080 kaki dari aras laut itu memiliki tarikan tersendiri seperti air terjun tujuh tingkat (Air Terjun Tengkil) yang juga mercu tanda lokasi pelanconga­n dijangka menggamit lebih ramai pelancong tempatan kerana airnya jernih, bersih dan sesuai untuk aktiviti penggambar­an.

Aktiviti lain dilakukan di situ adalah mendaki gunung ke Jeram Tujuh Air Terjun Tengkil yang dijangka mengambil masa antara 30 hingga 45 minit. Jika mendaki ke puncak, ia mengambil masa antara dua hingga tiga jam.

Ketinggian Air Terjun Tengkil dianggarka­n 30 meter, menjadikan­nya lokasi sukan lasak seperti Water Abseiiling dan Flying Foxs. Perjalanan menaiki pacuan empat roda (4WD) pula mengambil masa kira-kira 20 minit dari Pejabat Cawangan Petri Jaya untuk ke kaki Gunung Muntahak/tahah.

 ??  ?? Air terjun di Gunung Muntahak / Tahah.
Air terjun di Gunung Muntahak / Tahah.
 ??  ?? Muzium Kota Johor Lama.
Muzium Kota Johor Lama.
 ??  ?? Batu geologi di sepanjang Pantai Tanjung Balau.
Batu geologi di sepanjang Pantai Tanjung Balau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia