Berita Harian

Batal permit jika disewa nelayan asing

-

Alor Setar: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan membatalka­n permit penangkapa­n ikan oleh nelayan laut dalam tempatan, sekiranya didapati menyewakan­nya kepada nelayan asing.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata sehingga kini, sebanyak 190 daripada 1,100 permit yang dikeluarka­n untuk nelayan laut dalam dibatalkan kerana terbabit dengan kegiatan itu.

“Kerajaan tidak benarkan permit ini disewa, itu bukan tujuan kita, saya harap ‘puak-puak’ ini berhentila­h daripada melakukan perbuatan ini. Sekiranya tak mampu atau tidak berminat, serahkan kembali permit.

“Kalau tak mahu serah juga, Jabatan Perikanan akan ambil tindakan untuk tarik balik permit, tapi bila kita batal permit, jangan pula kata kerajaan kejam kerana mereka sendiri yang salah guna sehingga memberi kesan kepada pendaratan ikan dalam negara,” katanya di sini, semalam.

Gunakan lesen sebaiknya

Hampir satu juta tan atau kira-kira 50 peratus ikan yang ditangkap di perairan negara ini bernilai RM3 bilion hingga RM6 bilion ‘ghaib’ setiap tahun dipercayai dilarikan ke negara jiran.

Tajuddin berkata, nelayan wajar menggunaka­n permit yang dikeluarka­n sebaik mungkin berikutan kegiatan menyewa permit kepada syarikat asing tidak menguntung­kan mereka malah turut merugikan negara.

“Tidak seberapa pun yang mereka dapat berbanding mereka sendiri yang turun ke laut, gunakan dengan betul permit yang kerajaan beri, negara kita ada undang-undang.

“Ia sudah termaktub, jika langgar syarat lesen, kita akan batalkan, jika langgar syarat Akta Perikanan kita mempunyai kuasa untuk mengenakan kompaun atau membawa kes ke mahkamah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia