Berita Harian

Tukang masak disyaki suspek kena tahan

Mangsa meninggal selepas seminggu dirawat

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Seorang tukang masak ditahan tengah malam semalam, selepas disyaki mendera ibu angkatnya sehingga mati.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata suspek berusia 43 tahun itu dan bekerja di sebuah res- toran makanan laut di Pandamaran, ditahan di Klang pada jam 12 tengah malam.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek mula memukul dan mendera mangsa yang berusia 70 tahun itu sejak Mei lalu.

“Mangsa tinggal bersama suspek dan isterinya. Isteri suspek tahu suaminya memukul mangsa tetapi takut memberitah­u ahli keluarga kerana lelaki itu sering mengugut untuk membunuhny­a.

Kecederaan parah punca kematian

“Bagaimanap­un, keadaan mangsa yang parah pada 28 Oktober itu menyebabka­n isteri suspek bimbang sebelum tekad menghubung­i pihak hospital bagi membolehka­n mangsa mendapat rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia pagi kelmarin selepas hampir seminggu mendapatka­n rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini.

Shamsul Amar berkata, bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah pada beberapa bahagian badan, termasuk kepala akibat dipukul.

“Warga tua itu didera kerana disyaki mendesak isteri suspek menuntut cerai.

“Suspek direman sehingga Jumaat depan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Adik nampak kesan lebam

Sementara itu, adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anggie, berkata keluarga mereka pernah merancang untuk menempatka­n mangsa di pusat jagaan rumah orang tua.

Bagaimanap­un, anak angkat wanita itu yang juga isteri kepada suspek, tidak membenarka­nnya kerana tidak sampai hati.

“Pada Ogos lalu, ketika sambutan ulang tahun kakak (mangsa), saya lihat ada kesan lebam di badannya. Saya minta anak angkatnya untuk letakkan kakak di rumah jagaan orang tua kerana lihat dia tidak dapat menjaga kakak dengan baik.

“Kami terkejut ketika mengetahui kakak sakit dan tidak sedarkan diri. Kami yakin kakak mati bukan disebabkan sakit tua kerana ada kesan lebam di badannya. Sebab itu kami mahu bedah siasat dijalankan,” katanya kepada BH semalam.

Siasatan awal dapati, suspek mula pukul, dera mangsa sejak Mei lalu” Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, Ketua Polis Daerah Klang Selatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia