Berita Harian

PIBG, penduduk digesa kumpul dana baiki sekolah

-

Batu Kawan: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat digesa aktif mengumpul dana daripada syarikat swasta bagi kerja penyelengg­araan sekolah, khususnya yang sudah beroperasi melebihi 10 tahun.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata PIBG dan masyarakat setempat boleh mengumpul dana daripada syarikat swasta menerusi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata, gesaan itu selari dengan fokus kementeria­n melakukan kerja penyelengg­araan dan penambahba­ikan di semua sekolah yang tergolong dalam kumpulan sedemikian.

Anjakan kesembilan PPPM

“Ia sejajar dengan anjakan kesembilan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diperkenal­kan iaitu bekerjasam­a dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

“Sumbangan boleh berbentuk secara ‘one off’ atau syarikat swasta melaksanak­an program sekolah angkat atau sekolah amanah dengan pembiayaan syarikat mahupun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong-royong Pengurusan Tertinggi Kementeria­n Pendidikan dalam siri jelajah terakhir di SK Pulau Aman di sini, semalam.

Dana baiki SK Pulau Aman

Terdahulu, Alias turut menyalurka­n peruntukan bernilai RM20,000 bagi kerja penyelengg­araan kecil atau pembaikan segera SK Pulau Aman.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shaari Osman dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Aman, Nokman Che Abas.

Sumbangan boleh berbentuk secara ‘one off’ atau syarikat swasta melaksanak­an program sekolah angkat atau sekolah amanah dengan pembiayaan syarikat mahupun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO)” Alias Ahmad, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Alias bergambar bersama sebahagian pelajar yang menyertai program Gotong-royong Pengurusan Tertinggi Kementeria­n Pendidikan dalam siri jelajah terakhir di SK Pulau Aman di Batu Kawan, semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Alias bergambar bersama sebahagian pelajar yang menyertai program Gotong-royong Pengurusan Tertinggi Kementeria­n Pendidikan dalam siri jelajah terakhir di SK Pulau Aman di Batu Kawan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia