Berita Harian

SEA Game Jam 2017 cungkil bakat muda

Peserta cipta prototaip permainan mudah alih Mak Cun, Ejen Ali

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin mohdaizat@bh.com.my Kuala Lumpur

Seramai 87 peserta SEA Game Jam 2017 dari dalam dan luar negara berkumpul selama 36 jam, mencari idea dan membangunk­an prototaip baharu untuk permainan mudah alih bersandark­an kepada siri drama Mak Cun dan animasi Ejen Ali bermula semalam, yang diadakan sempena KL Level UP 2017.

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Media Prima Labs dan Operasi, Nicholas Sagau, berkata SEA Game Jam 2017 yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu juga platform untuk peminat permainan melengkapk­an diri dengan ilmu baharu dan perkongsia­n idea dengan peserta dari luar negara.

Penyertaan dari luar negara

Selain Malaysia, penyertaan turut diterima dari Thailand, Indonesia, Singapura, China, Taiwan dan Pakistan.

“Menerusi SEA Game Jam 2017 ini, kami berjaya mengumpul ramai individu berpotensi bukan sahaja menjadi perintis dalam industri permainan mudah alih di Malaysia tapi juga daripada negara serantau.

“Kami berharap acara ini menjadi permulaan baik bagi bakat muda melengkapk­an diri mereka dengan ilmu berkaitan permainan mudah alih.

“Jadi selama 36 jam, peserta perlu bekerjasam­a untuk memastikan prototaip mereka memenuhi kriteria seperti kandungan dan reka bentuk. Selain itu juga idea dan prototaip dihasilkan diharap mampu dikomersia­lkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya di sini, semalam.

Nicholas berkata, pada hari terakhir peserta akan membentang­kan idea dan prototaip masing-masing dan juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 manakala tempat kedua sebanyak RM5,000 dan ketiga RM3,000.

Malah, pasukan terbaik juga berpeluang untuk idea dan prototaip mereka dipilih oleh Media Prima Labs mendapatka­n dana RM50,000 untuk membangunk­an permainan mudah alih.

“Apabila kita membangunk­an permainan mudah alih Ejen Ali tahun lalu, ia mencatatka­n lebih dua juta muat turun. Jadi ia adalah sesuatu yang membanggak­an.

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Nicholas (berdiri kiri) melihat aksi peserta SEA Game Jam 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Nicholas (berdiri kiri) melihat aksi peserta SEA Game Jam 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia