Berita Harian

SPRM tahan timbalan pengarah jabatan

Disyaki subahat terima rasuah RM8,000 daripada pengurus projek syarikat kejurutera­an petroleum

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my Johor Bahru

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang timbalan pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima wang rasuah, malam kelmarin.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 47 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 11 malam selepas dipercayai bersubahat meminta dan menerima suapan daripada pengurus projek sebuah syarikat kejurutera­an petroleum.

Suspek disyaki menerima rasuah berjumlah RM8,000 daripada pengurus projek berkenaan menerusi seorang pegawai kanan yang sudah direman, Rabu lalu.

Geledah tiga lokasi

Rasuah bertujuan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemasangan mesin angkat tanpa kebenaran pihak sewajarnya.

Dalam serbuan malam tadi, pasukan penyiasat menggeleda­h tiga lokasi berbeza dan menemui wang tunai berjumlah RM40,400 dan SG$1,613 (RM5,000).

Yang turut dirampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara sehingga 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Hidayah Abdul Manaf, mengeluark­an perintah reman tujuh hari bermula semalam ke atas suspek bagi membantu siasatan.

 ??  ?? Azmi Alias
Azmi Alias

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia