Berita Harian

4 sekeluarga maut nahas dua kenderaan

Bas persiaran masuk laluan bertentang­an bertembung kereta

- Oleh Rosli Ilham

Empat sekeluarga maut selepas Proton Saga Aeroback dinaiki bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu-kuantan di depan Penjara Marang di sini, semalam.

Dalam nahas jam 6.40 petang itu, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah kerana tersepit dalam kereta yang terperosok di bahagian depan bas.

Mangsa dikenali sebagai Mhd Saari Muda, 52; dan isteri, Mizah Mamat, 56 serta anak mereka, Saerah, 18; dan anak saudara pasangan itu, Nur Adibah Ramli, 19.

Mangsa dari Kampung Baru Wakaf Tapai di sini, dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri di Kerteh, Kemaman.

Ketika kejadian, kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Dungun ke Marang, manakala bas persiaran yang membawa 31 murid Sekolah Kebangsaan Sungai Baging, Kuantan dari arah bertentang­an.

Seorang murid cedera

Hanya seorang murid cedera di bibir, manakala pemandu serta penumpang bas lain terselamat. Murid berkenaan dalam perjalanan pulang selepas melawat Pusat Sains di Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku apabila bas persiaran itu dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung dengan kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Hassan Embong, berkata sebuah jentera bersama enam anggota bomba ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 6.46 petang.

Katanya, kerja mengeluark­an mayat mangsa yang tersepit selesai jam 8.30 malam.

“Mayat diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, adik Mhd Saari, Mohd Asbi Muda, 49, berkata dia terkejut apabila melihat kemalangan yang membabitka­n abangnya sekeluarga.

Ketika kejadian dia bersama isteri dalam perjalanan pulang ke Paka selepas menghadiri kenduri di Kubang Tangga, Kuala Terengganu.

“Ketika melalui kawasan itu, saya terpandang kereta abang. Saya bersama orang ramai gagal eluarkan mereka kerana kereta remuk,” katanya.

Saya bersama orang ramai gagal keluarkan mereka kerana kereta remuk dan tersepit di bawah bahagian depan bas” Mohd Asbi Muda, Adik mangsa

 ?? [FOTO ROSLI ILHAM/BH] ?? Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu­kuantan, semalam.
[FOTO ROSLI ILHAM/BH] Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu­kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia