Berita Harian

Monet Garden konsep ala-perancis

Sunsuria lancar fasa kedua Monet Residences tawar 360 unit rumah bandar

- Oleh Nurhayati Abllah, Nora Mahpar dan Rozdan Mazalan

Sunsuria Bhd (Sunsuria), pemaju hartanah tempatan secara rasminya melancarka­n fasa kedua pembanguna­n Monet Residences, iaitu Monet Garden di Sunsuria City, Sepang, semalam.

Projek berkenaan merangkumi pembanguna­n 360 unit rumah bandar yang dibina di kawasan pegangan bebas seluas 7.57 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM215 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunsuria, Koong Wai Seng, berkata projek Monet Garden memilih konsep ala-perancis yang mementingk­an landskap hijau dan suasana lebih tenang bagi mewujudkan persekitar­an lebih lestari.

“Harga ditawarkan bagi setiap unit bermula daripada RM600,100 dan ke atas dengan keluasan antara 1,658 kaki persegi hingga 2,206 kaki persegi.

“Menerusi semangat ‘kegembiraa­n hidup’ (joie de vivre), Monet Garden mampu menawarkan pelbagai pengalaman kepada penghuniny­a untuk menikmati kehidupan lebih sihat, aktif dan harmoni,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Monet Garden, di sini, semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Eksekutif Sunsuria, Tan Sri Ter Leong Yap.

Lima fasa Monet Residences

Wai Seng berkata, Monet Garden turut menawarkan kemudahan lain seperti rumah kelab eksklusif dengan kolam renang utama, gimnasium, ruang barbeku dan gelanggang bola keranjang.

“Projek ini turut menjadi satu lagi penanda aras baharu kepada Sunsuria. Ia bukan saja menawarkan kediaman selesa dan persekitar­an menyenangk­an tetapi juga mampu memberi pulangan baik pada jangka panjang.

“Kami menyasarka­n kepada pembeli yang mahukan kediaman atas tanah yang dilengkapi pelbagai kemudahan serta persekitar­an hijau menyenangk­an pada harga mampu milik,” katanya.

Selain itu, katanya, Monet Garden terletak di lokasi strategik dengan kemudahan akses ke Lebuh Raya Putrajaya-cyberjaya dan Hab Transit Rangkaian Rel Ekspres (ERL).

“Pembanguna­nnya mengambil kira pelbagai elemen yang diperlukan pembeli hartanah moden,” katanya.

Monet Residences merangkumi lima fasa pembanguna­n iaitu Monet Lily, Monet Springtime, Monet Garden, Monet Meadow dan Monet Camille, membabitka­n GDV berjumlah RM583 juta.

Keseluruha­n kawasan pembanguna­n Monet Residences adalah 40.67 hektar.

Projek ini turut menjadi satu lagi penanda aras baharu kepada Sunsuria” Koong Wai Seng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunsuria

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia