Berita Harian

Fasa kedua sudah dapat tempahan

-

Sepang: Lebih 1,000 pengunjung memeriahka­n pelancaran fasa kedua Monet Residences, Monet Garden di Sunsuria City di sini, semalam.

Penolong Pengurus Bahagian Jualan Sunsuria City, Arul Siva, berkata perumahan berkonsepk­an taman hijau itu mengambil inspirasi daripada pelukis terkenal Perancis, Claude Monet.

“Pembanguna­n berkonsepk­an Perancis ini adalah ilham karya popular Monet yang banyak menterjema­hkan alam semula jadi seperti pokok, bunga dan tasik dalam setiap karya lukisannya.

“Kami menekankan permainan warna baik dari bangunanny­a mahupun pokok yang diimport untuk menampakka­n suasana empat musim seperti mana gambaran dalam karya popular Monet,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran terbabit, semalam.

Arul berkata, fasa kedua yang dibuka jualan 340 unit bermula semalam sudah mendapat 112 tempahan setakat ini.

Monet Residences dibangunka­n dengan kos RM1.3 bilion dalam kawasan strategik yang turut merangkumi Universiti Xiamen.

Selain laluan terus dari Lebuhraya Elite, pengangkut­an awam seperti ERL dengan jarak tujuh minit ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Premium outlet

Arul berkata, perumahan terbabit turut mempunyai premium outlet dalam pembinaan, iaitu Horizon Village Outlet yang dijangka siap pada 2019.

Majlis pelancaran dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti seperti lakaran wajah, ruang kanak-kanak dan pertunjuka­n badut.

Pembanguna­n bercampur atas tanah dengan keluasan 212 hektar itu turut menyediaka­n rumah contoh berkonsepk­an realiti maya (VR) yang memberi pengalaman unik kepada bakal pembeli.

Jurutera, Mohd Razmady Mansor, 38, berkata lokasi dan keselesaan disediakan menjadi antara tarikan kunjungann­ya.

“Saya dan keluarga tertarik memiliki kediaman di sini kerana konsep ala Perancis jarang ada di negara kita, selain untuk memberi keselesaan kepada keluarga.

“Saya memiliki empat anak dari usia dua hingga 11 tahun dan masih menyewa di kondominiu­m buat masa ini.

“Sudah sampai masanya kami memiliki rumah yang memiliki ruang besar disebabkan anak semakin membesar,” katanya.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Orang ramai melihat model pembanguna­n Monet Residences pada majlis pelancaran Monet Garden di Sunsuria City, Sepang, semalam.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Orang ramai melihat model pembanguna­n Monet Residences pada majlis pelancaran Monet Garden di Sunsuria City, Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia