Berita Harian

Tingkat kesejahter­aan, kesihatan keluarga

Kempen ‘Masa Tanpa Gajet’ elak ketagihan dilancar

- Oleh Norhafzan Jaafar

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat semalam, melancarka­n kempen ‘Masa Tanpa Gajet’ bertujuan mengatasi masalah ketagihan gajet dalam masyarakat.

Kempen sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia menggalakk­an ibu bapa memperuntu­kkan masa berkualiti bersama keluarga dengan menetapkan masa sesuai bagi penggunaan gajet.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata kempen berkenaan dilihat penting dalam meningkatk­an kesejahter­aan dan kesihatan keluarga di negara ini.

Katanya, ini kerana trend semasa, Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang mengutamak­an teknologi, automasi dan pertukaran data banyak mempengaru­hi kehidupan keluarga masa kini.

“Pemodenan teknologi media dan komunikasi melalui internet pelbagai media sedikit sebanyak memberi cabaran kepada institusi keluarga konvension­al.

“Kebanyakan ibu bapa sekarang gemar memanjakan anak dengan memberi gajet sejak kecil.

“Sedangkan perkembang­an teknologi ini banyak memberi kesan negatif kepada kanak-kanak jika disalahgun­akan dan tiada pengawasan ibu bapa,” katanya ketika merasmikan kempen berkenaan.

Penggunaan internet meningkat

Rohani berkata, penggunaan gajet amat ketara dalam kalangan anak dan ahli keluarga masa kini.

Katanya, berdasarka­n Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara mendapati medium komunikasi remaja dengan ibu bapa adalah melalui telefon 73.0 peratus, pesanan ringkas (54.6 peratus) dan media sosial (15.6 peratus).

“Sementara itu, menerusi Laporan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2016 mendapati penggunaan internet penduduk Malaysia meningkat kepada 77.6 peratus pada 2015 berbanding 66.6 peratus 2014,” katanya.

Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia bertemakan Saya Sayang Keluarga Saya berjaya menarik 3,000 pengunjung menyertai pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

Rohani turut menyampaik­an pemenang pertanding­an foto keluarga anjuran LPPKN yang berakhir 30 Oktober lalu yang dipilih berdasarka­n jumlah ‘like’ tertinggi menerusi laman sosial Facebook.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH] ?? Rohani merasmikan kempen 'Masa Tanpa Gajet' sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH] Rohani merasmikan kempen 'Masa Tanpa Gajet' sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia