Berita Harian

Pengusaha TASKA perlu patuhi garis panduan JKM

-

Kuala Nerus: Mengambil pengasuh tidak terlatih, ada masalah kesihatan, memikirkan keuntungan dan mengambil ramai kanak-kanak, antara penyumbang kes pengabaian serta penderaan kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, berkata walaupun kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak di TASKA tidak serius, namun kerajaan mahu memastikan kes pada tahap sifar.

Justeru, beliau mengingatk­an pemilik TASKA mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) untuk mengekang kes itu di Taska.

Beliau berkata, sebelum mengambil pekerja, pengusaha TASKA perlu memastikan individu sihat mental dan fizikal, selain berpendidi­kan, penyabar, kental spiritual serta emosi.

“Pelbagai kursus dan garis panduan dirangka kementeria­n dalam memastikan semua TASKA, berada pada tahap memuaskan,” katanya selepas Majlis Penutup Program Latihan Kemahiran B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak PERMATA di sini, semalam.

Usah hanya fikir untung

Katanya, pengusaha juga tidak boleh memikirkan keuntungan sahaja, sebaliknya memastikan jumlah kanak-kanak memadai dengan kekuatan kakitangan.

“Memang ada kes TASKA tidak berdaftar mengambil kanak-kanak dalam kuantiti ramai dan JKM sentiasa melaksanak­an penguatkua­saan berkaitann­ya.

“Justeru, semua TASKA yang tidak berdaftar segera mendaftar bagi membolehka­n mengikuti kursus dan latihan dianjurkan kementeria­n untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an.

“Mereka perlu diberi pendedahan lebih menyeluruh mengenai psikologi kanak-kanak, kuota atau nisbah yang sebaiknya supaya pengasuh menjaga bayi atau kanak-kanak dalam keadaan lebih selesa,” katanya.

Pelbagai kursus dan garis panduan dirangka kementeria­n dalam memastikan semua Taska, pada tahap memuaskan” Ismail Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia

 ?? [ FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK / BH] ?? Ismail (duduk dua dari kiri) bersama peserta pada Majlis Penutup Program Latihan Kemahiran B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Kanak-kanak PERMATA di Kuala Nerus, semalam.
[ FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK / BH] Ismail (duduk dua dari kiri) bersama peserta pada Majlis Penutup Program Latihan Kemahiran B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Kanak-kanak PERMATA di Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia