Berita Harian

Terokai Hong Kong seperti orang tempatan!

Ikuti panduan menikmati percutian selesa, menyeronok­kan di lokasi menarik

- Oleh Hidayah Mohammad hid_mohd@bh.com.my

Hong Kong semakin menjadi tumpuan pelancong kerana banyak tempat menarik untuk dikunjungi selain fungsinya sebagai pusat pertembung­an budaya antara timur dan barat.

Sejak dulu lagi pulau dikenali sebagai Kota Dunia Asia ini mempunyai keunikan budaya yang membuatkan bandar ini sebagai lokasi muhibah serta mesra pengunjung.

Justeru, jangan sesekali melepaskan peluang menerokai bandar ini seperti Hongkonger­s! dengan mengunjung­i pesta pelanconga­n Hong Kong Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsun­g pusat beli belah Suria KLCC, selama enam hari bermula 7 November ini.

Promosi sesuai bagi ibu bapa yang sedang merancang percutian sempena cuti panjang hujung tahun, cuti sekolah, meraikan Krismas dan Tahun Baru nanti.

Pesta itu bukan saja mempromosi­kan lokasi menarik untuk dijejaki malah menyediaka­n panduan mengenai penginapan, pengangkut­an dan tempat beribadat malah mengetahui senarai restoran sajian halal oleh Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong.

Suasana berbeza

Sebelum memulakan pengembara­an, penginapan adalah faktor utama dan kebanyakan pengunjung akan mencari tawaran hotel terbaik. Membangkit­kan aura percutian lebih berbeza, anda boleh cuba menginap di Gold Coast Hotel yang terletak di Castle Peak Road dalam suasana alam semula jadi.

Ciptakan pengalaman indah di dalam bilik Pirate Room bertemakan lanun. Berada di dalam kabin nakhoda dihiasi perabot berbentuk tong dan peti harta karun.

Selain itu, anda juga boleh memilih untuk tidur dengan selesa di atas katil yang berbentuk khemah atau jeep sambil menerokai habitat kehidupan liar di Safari Room.

Beri peluang kepada anak-anak menerokai angkasa lepas di Outer Space Room sambil menyaksika­n keajaiban langit, bintang dan planet di sekeliling bilik.

Andai ingin memanjakan dan menghiburk­an diri dalam gaya mewah, Dorsett Wan Chai Hong Kong Hotel, satu-satunya lokasi penginapan yang menawarkan rekaan dalaman eksklusif.

Suasana seperti taman permainan di dasar laut yang sesuai untuk kanak-kanak juga boleh dirasai ketika menginap di Ocean Suite.

Nikmati manisan jeli bunga sakura

Berkunjung ke Old Town Central antara lokasi wajib dilawati tetapi tidak lengkap percutian tanpa menjejakka­n kaki ke South of Hollywood atau Soho. Lokasi hebat ini menempatka­n pelbagai restoran dan kafe tempatan yang ‘chic’.

Untuk pemandanga­n yang lebih cantik, kunjungi Tai Kwun Street yang mempamerka­n bangunan bersejarah termasukla­h bekas Central Police Station, bekas Central Magistracy dan Victoria Prison.

Jika berkesempa­tan, singgah ke Pause Rewind n Fastforwar­d bagi menikmati keenakan kek Cherry Blossom Raindrop, jeli dengan sekuntum bunga sakura di dalamnya.

Anda juga boleh melawat Broadway Cinematheq­ue iaitu lokasi penganjura­n festival filem dan majlis anugerah yang terletak di daerah Mongkok.

Sepanjang berada di pesta pelanconga­n itu juga, pengunjung berpeluang mendapatka­n banyak maklumat terkini, kemudahan pengangkut­an di sana antaranya Big Bus Tours Hong Kong.

Manfaatkan pelbagai promosi percutian yang ditawarkan sepanjang tempoh merancang percutian bersama keluarga.

 ??  ?? Gold Coast Hotel.
Gold Coast Hotel.
 ??  ?? Tram
Tram
 ??  ?? Antara restoran halal yang boleh dikunjungi.
Antara restoran halal yang boleh dikunjungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia