Berita Harian

Riadah bersama keluarga

-

Pada zaman pemerintah­an British, kawasan Bukit Nanas dikenali sebagai Bukit Weld.

Masyarakat setempat mengenali kawasan ini sebagai Bukit Gombak.

Nama Bukit Nanas diambil sempena kisah kawasan bukit ini yang ditanam pokok nanas sebagai benteng pertahanan kubu yang dibina oleh Raja Asal @ Ja Asal.

Raja Asal ketika itu adalah Ketua Mandahilin­g Perang Klang II di Selangor membabitka­n pertelingk­ahan antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah sekitar 1867 hingga 1874 berhubung isu pungutan cukai dan kekuasaan di Klang.

Pokok Nanas bukan saja menghalang pihak lawan daripada menembusi kubu ini kerana durinya tetapi dipercayai menghilang­kan ilmu kebal yang kebiasaann­ya diamalkan ketika itu.

Hutan Simpan Bukit Nanas diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada 14 September 1906 dan menjadi hutan simpan tertua di Semenanjun­g Malaysia. dalam bentuk perumpamaa­n alam semula jadi.

Kanopi wujud suasana tenang

Jiwa yang damai atau sesuatu permulaan yang baik biasanya digambarka­n dalam bentuk tumbuh-tumbuhan segar dan kuntuman bunga berkembang.

Dedaun melayang-layang ditiup angin juga simbol kepada emosi yang terganggu atau sesuatu yang buruk akan berlaku. Itulah naluri hati manusia yang cukup rapat dengan alam sekitar.

Ketika perjalanan melalui denai di situ, kaki tidak terasa penat memandangk­an di sekeliling kita turut disediakan maklumat berkaitan spesis pokok menggunaka­n teknologi aplikasi kod QR.

Namun hutan yang terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan itu memilik tarikan utamanya dengan pembinaan kanopi sepanjang 212 meter pada ketinggian 18 meter.

Menyusuri denai dengan diiringi Penolong Pemelihara­an Hutan JPWPKL, Umi Kalsum Nan dan Pengawas Hutan, Anuar Mohd Talib.

Mesra pengunjung OKU

Kanopi yang dibina pada 2012 dan dibuka kepada pengunjung pada 2015 antara binaan yang menjadi tarikan pengunjung ke hutan rekreasi itu.

Kata Umi Kalsum, berbeza dengan pembinaan kanopi yang ada di kawasan lain, Bukit Nanas menyediaka­n kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kami memberi peluang mereka menaiki kanopi walaupun terpaksa menggunaka­n kerusi roda. Laluan kanopi itu berbeza dari segi saiznya yang dibesarkan bagi memudahkan kerusi roda melaluinya.

“Walaupun jaraknya hanya 15 meter setidaknya-tidaknya golongan istimewa ini merasa dan tidak melepaskan peluang seperti pengunjung lain.

“Bagi golongan OKU, kita sarankan mereka memasuki pintu masuk melalui Menara Kuala Lumpur iaitu pintu masuk kedua ke Bukit Nanas,” katanya.

Pelajari spesies herba

Lebih menarik, orang ramai mengetahui pelbagai spesies tanaman herba yang terdapat dalam hutan hujan khatulisti­wa.

Kata Anuar, sebanyak 100 spesies tanaman herba hidup liar dan dilindungi di hutan situ.

“Kebanyakan tumbuhtumb­uhan di sini tumbuh bebas secara semula jadi sejak dulu lagi. Kami hanya menanam enam spesis buluh yang bertujuan untuk memulihara. Antara spesies buluh lemang, betong, semaling, kuning, galah dan duri.

“Selain 100 pokok herba yang hidup liar dan ditanam semula turut menjadi tarikan pengunjung yang datang ke sini. Malah di sini juga turut disediakan taman herba.

“Pengunjung dilengkapi maklumat mengenai setiap spesies herba dan juga khasiat yang terkandung di dalamnya,” katanya.

Tidak ketinggala­n, pembinaan Galeri Interaktif yang dibuka tahun lalu memaparkan khazanah negara dalam bentuk sejarah alam semula jadi.

Galeri ini menawarkan pelbagai maklumat dan pendidikan selain menyedarka­n masyarakat mengenai pentingnya menjaga alam sekitar. Tempat ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Buat masa ini orang ramai yang ingin mengunjung­i Taman Eko Rimba KL tidak dikenakan bayaran masuk.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia