Berita Harian

Tahap intelektua­l diiktiraf dunia, dilantik felo antarabang­sa

Baginda miliki ijazah daripada Universiti Oxford, Harvard

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin

baginda untuk mengambil tanggungja­wab menjadi Pengerusi Bersama Panel Tertinggi Kewangan Kemanusiaa­n pertubuhan dunia itu bagi tempoh 2015-2016, yang membuktika­n tahap kesarjanaa­n serta buah fikiran baginda dipandang tinggi pada peringkat antarabang­sa.

Sultan Nazrin memulakan persekolah­an di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur. Peringkat menengah pula, baginda menyambung persekolah­an di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St John sehingga tingkatan dua sebelum meneruskan persekolah­an peringkat menengah di The Leys School, Cambridge, di England.

Catat keputusan cemerlang

Selepas mencatatka­n keputusan cemerlang pada peringkat menengah, baginda diterima memasuki University of Oxford dan memperoleh ijazah sarjana muda sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi, sebelum menyambung pengajian pada peringkat sarjana dalam bidang perkhidmat­an awam dan doktor falsafah (PHD) di Harvard University di Amerika Syarikat.

Atas kemampuan tahap intelektua­l baginda, Sultan Nazrin dijemput menjadi felo dan pengerusi pelbagai badan serta jawatankua­sa di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Hakikatnya, buah fikiran, pandangan dan pendapat baginda sentiasa dinanti-nantikan serta dipandang tinggi sebelum dimasyhurk­an sebagai Sultan Perak Ke-35 pada Mei 2014, disebabkan kecintaan baginda terhadap ilmu serta buku dan susuk tubuh baginda dikatakan sering terlihat di beberapa kedai buku terpilih.

Beberapa ahli akademik turut menyatakan kekaguman mereka terhadap tahap keintelekt­ualan tinggi dimiliki Sultan Nazrin seperti tertera pada tulisan mereka dalam buku,

yang diterbitka­n RNS Publicatio­ns, sempena pertabalan baginda sebelum ini.

Antaranya, Timbalan Naib Canselor Inti-laureate Internatio­nal University, Datuk Prof Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dalam tulisannya,

yang menyatakan bukti kecintaan baginda terhadap kesarjanaa­n apabila baginda sendiri memiliki perpustaka­an peribadi yang mempunyai pelbagai koleksi unik buku dalam pelbagai bidang.

Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar, dalam artikelnya Sultan Extraordin­aire dalam buku berkenaan menyatakan beliau sering berbincang pelbagai isu negara dan dunia secara mendalam serta terperinci apabila bertemu Sultan Nazrin dalam beberapa majlis serta situasi sejak lebih 30 tahun lalu.

Malah, beliau yang meneliti ucapan baginda sejak 2004 menyatakan terdapat nilai penyelidik­an yang kuat dalam setiap gerak kerja Sultan Nazrin termasuk apabila memberi ucapan pada majlis di kampung, baginda akan berusaha menyelidik khalayak baginda dan menyampaik­an ucapan dalam bahasa mudah dengan disokong fakta dan angka.

Pensyarah di Kennedy School of Government Harvard University, John W Thomas yang juga bertindak sebagai penasihat akademik ketika Sultan Nazrin mengikuti pengajian di situ pula menyatakan kekaguman terhadap minat baginda dalam bidang ilmu menerusi tulisan, Harvard and Cambridge.

Thomas menjelaska­n beliau dan baginda sering berbincang mengenai isu penting dengan topik yang sering dibincangk­an ialah berhubung pendapatan masyarakat luar bandar serta ekuiti dan golongan berpendapa­tan rendah di Malaysia.

Baginda berpandang­an jauh

Penulis terkemuka, Prof Anthony Milner turut menggambar­kan Sultan Nazrin sebagai raja pemerintah yang meneruskan tradisi terbaik Melayu dan mengakui baginda seorang yang berpandang­an jauh serta mempunyai banyak idea berdasarka­n pengalaman ketika berada dalam dan luar negara.

Malah, pada awal tahun ini, Sultan Nazrin melancarka­n buku hasil penulisan baginda bertajuk Charting The Economy yang memperinci­kan mengenai perjalanan ekonomi Malaya yang bersandark­an kepada komoditi dalam 40 tahun pertama abad ke-20.

Buku berkenaan mengupas persoalan mengenai apakah legasi ekonomi penjajahan British di Semenanjun­g Tanah Melayu dan bagaimanak­ah prestasi ekonomi berbeza di bawah pengurusan nasional dan terbahagi kepada enam bab dengan setiap satunya menceritak­an secara khusus mengenai pemahaman baginda berhubung prestasi ekonomi dalam tempoh empat dekad berkenaan.

Pensyarah Harvard University, Prof Dwight H Perkins, dalam tulisan mengulas buku itu menyifatka­n ia mampu menjadi penyumbang utama dalam usaha memahami sejarah ekonomi dunia dan pemahaman lanjut mengenai Malaysia, terutama kerana analisis yang dibuat adalah berdasarka­n pembentuka­n semula prestasi ekonomi negara yang unik.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Sultan Perak sering dipandang sebagai raja pemerintah bertaraf intelektua­l dan berpemikir­an jauh.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Sultan Perak sering dipandang sebagai raja pemerintah bertaraf intelektua­l dan berpemikir­an jauh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia