Berita Harian

Desakan sekatan terhadap Myanmar

Amerika Syarikat beri tekanan, mahu tentera henti kekejaman etnik Islam Rohingya

-

Penggubal undang-undang Amerika Syarikat bercadang mengenakan sekatan terhadap tentera Myanmar dalam usaha Washington memberi tekanan kepada negara Asia Tenggara itu supaya menghentik­an kekejaman terhadap etnik minoriti Islam Rohingya.

Parti Republikan dan Demokrat memperkena­lkan undang-undang bagi menghalang kerjasama atau pemberian bantuan kepada tentera Myanmar.

Pada masa sama, ia juga membolehka­n Rumah Putih mengenal pasti pegawai kanan tentera yang akan dikenakan larangan atau ditarik balik visa Amerika Syarikat yang dikeluarka­n kepada mereka.

Kumpulan kedua Senat, termasuk pengerusi Jawatankua­sa Senat Perkhidmat­an Bersenjata, John Mccain memperkena­l rang undangunda­ng itu pada Khamis lalu.

Cadangan memperbaha­rui sekatan import dan perdaganga­n terhadap Myanmar turut dikemukaka­n, termasuk mengenakan semula larangan membawa masuk batu delima dan jade dari negara itu.

“Undang-undang ini akan mengenakan tindakan terhadap pegawai kanan tentera yang bertanggun­g jawab menyembeli­h dan menghalau lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah di Myanmar.

“Ia juga jelas menunjukka­n Amerika Syarikat tidak menyokong kekejaman ini,” kata Mccain dalam satu kenyataan.

Cadangan tegas ini dikemukaka­n ketika Presiden Donald Trump mengadakan lawatan ke beberapa negara Asia, termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Negara-negara Asia Tenggara yang turut dianggotai oleh Myanmar.

Washington ketika mengutuk keganasan yang menyebabka­n lebih 600,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, mengingatk­an pihak tentera Myanmar bahawa mereka memikul tanggungja­wab ketenteraa­n dan bukannya pemimpin tertinggi negara itu, Aung San Suu Kyi. AFP

 ?? [ FOTO AFP] ?? Pelarian Islam Rohingya yang terkandas selepas lari meninggalk­an Myanmar menuju ke Kem Pelarian Balukhali di daerah Ukhia, Bangladesh.
[ FOTO AFP] Pelarian Islam Rohingya yang terkandas selepas lari meninggalk­an Myanmar menuju ke Kem Pelarian Balukhali di daerah Ukhia, Bangladesh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia