Berita Harian

Hasrat Sepanyol gulingkan pemimpin pemisah Catalonia

-

Barcelona: Pemimpin Catalonia yang disingkirk­an, Carles Puigdemont yang melarikan diri ke Belgium, kini berdepan dengan waran tangkap yang dikeluarka­n oleh Kesatuan Eropah (EU), dipercayai sudah menunjukka­n ciri sebagai puak pemisah sejak usia remajanya.

Ketika ini Kerajaan Sepanyol mahu menghukumn­ya atas dakwaan melakukan pemberonta­kan, menghasut, selain penyalahgu­naan dana awam sepanjang memainkan peranannya dalam pengisytih­aran kemerdekaa­n wilayah itu.

Namun, beliau yang berusia kini 54 tahun tidak mengendahk­an perintah untuk muncul di Madrid.

Puigdemont yang juga bekas wartawan memohon plebisit atau pungutan suara ketika bergelar Presiden Catalonia pada Januari 2016, selepas satu pilihan raya yang menyaksika­n puak pemisah menang majoriti buat kali pertama di Parlimen.

Di sebalik larangan mahkamah, Puigdemont mengadakan pungutan suara kemerdekaa­n Catalonia pada 1 Oktober, sekali gus menjerumus­kan Sepanyol dalam krisis politik terburuk abad ini.

Bertindak balas

Percubaan polis Sepanyol untuk menghentik­annya menemui kegagalan, malah dalam sesetengah kes, pihak berkuasa dilaporkan menggunaka­n peluru getah.

Berikutan itu, satu deklarasi kemerdekaa­n diisytihar­kan oleh Parlimen Catalonia, seminggu lalu.

Kerajaan Sepanyol bertindak balas dengan membubarka­n kerajaan pimpinan Puigdemont, merampas pemerintah­an eksekutif dan merancang mengadakan semula pilihan raya pada 21 Disember depan.

“Saya dipilih, apa perlunya lagi pilihan raya baharu?” kata Puigdemont yang menuduh Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy secara‚ tidak sah membubarka­n Parlimen Catalonia.

Tiada siapa mampu meramal, Puigdemont yang sering menyikat rambutnya ala gaya kumpulan The Beatles itu mampu menjadi musuh utama kerajaan konservati­f pimpinan Mariano Rajoy. AFP

 ?? [ FOTO REUTERS] ?? Puigdemont (tengah) ketika ditemubual stesen televisyen Belgium, RTBF, kelmarin.
[ FOTO REUTERS] Puigdemont (tengah) ketika ditemubual stesen televisyen Belgium, RTBF, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia