Berita Harian

Fail rahsia kes bunuh JFK didedah

Maklumat terkini tidak akhiri konspirasi, spekulasi kematian

- Washington

Arkib Nasional mengeluark­an beberapa fail baharu dengan sebahagian besarnya adalah rekod rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) berkaitan pembunuhan Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK), pada November 1963.

Hampir 680 rekod dipapar kepada umum, termasuk 553 fail milik CIA yang tidak pernah disiarkan dan dibantah pendedahan­nya oleh agensi itu atas dasar keselamata­n.

Antaranya, rekod terperinci mengenai usaha mempengaru­hi diplomat Kesatuan Soviet yang berkhidmat di luar negara dan ia lengkap dengan transkrip intipan.

Arkib Nasional berkata, dokumen lain disiarkan dalam talian adalah daripada Jabatan Keadilan, Jabatan Pertahanan dan jawatankua­sa yang mengendali­kan siasatan mengenai pembunuhan Kennedy pada 22 November 1963 di Dallas, Texas.

Suruhanjay­a Warren yang menyiasat pembunuhan presiden berusia 46 tahun itu menegaskan ia dilakukan oleh bekas penembak tepat Kor Marin, Lee Harvey Oswald dan beliau dikatakan bertindak sendirian.

Bagaimanap­un, rumusan rasmi suruhanjay­a berkenaan mendapati, fakta Oswald membunuh Kennedy tidak menepis spekulasi pelbagai plot di sebalik pembunuhan Presiden ke-35 Amerika Syarikat itu.

Filem, buku penuhi konspirasi

Ratusan buku dan filem seperti

‘JFK’ arahan Oliver Stone pada 1991 memenuhi ruang industri dengan konspirasi, selain menuding jari ke arah pesaing Perang Dingin, iaitu sama ada Soviet Union atau Cuba, selain kumpulan Mafia dan tidak ketinggala­n Naib Presiden era Kennedy, Lyndon Johnson.

Dokumen yang dikeluarka­n Arkib Nasional itu adalah yang siri ketiga tahun ini dan mematuhi Akta Kongres 1992 yang mewajibkan semua butiran berkaitan Kennedy disiarkan dalam tempoh 25 tahun.

Presiden Donald Trump memberi Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) tempoh enam bulan sehingga 26 April 2018 untuk menyatakan mengapa baki dokumen berkenaan tidak boleh didedahkan kepada awam.

Arkib Nasional mendedahka­n 2,891 dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy pada 26 Oktober dan 3,810 rekod pada 24 Julai.

 ??  ?? Gambar fail menunjukka­n Isteri Kennedy, Jacqueline Kennedy melindungi suaminya daripada serangan penembak tepat dalam insiden pada 1963.
Gambar fail menunjukka­n Isteri Kennedy, Jacqueline Kennedy melindungi suaminya daripada serangan penembak tepat dalam insiden pada 1963.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia